Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Melayu Bangkok berasal dari Kelantan-Pattani
utama

Melayu Bangkok berasal dari Kelantan-Pattani

 

Oleh Aslani M| Foto Abu Khalipah

BANGKOK: Anda jangan terkejut terdapat dua lokasi yang mencatat perkataan Kelantan boleh ditemui di Kota Metropolitan Bangkok.

Pertama, Khlong Tan atau Khlong Kelantan boleh ditemui di Ramkhamhaeng. Khlong Tan merupakan kawasan kejiranan terletak di tepi terusan yang digali tenaga manusia kira-kira 300 tahun lalu. 

Lokasi itu terletak di persimpangan Khlong Tan yang menghubungkan Jalan Phetchaburi-Jalan Ramkhamhaeng-Jalan Sukhumvit 71 dan Jalan Phatthanakan.

Dan terbaharu berhampiran persimpangan Khlong Tan terdapat perkataan Kalantan di stesen Metropolitan Rapid Transit (MRT). 

Selain itu di China Town di tengah bandar raya Bangkok boleh ditemui perkataan ‘Kelantan Street’.

Kewujudan perkataan Kelantan di Bandar Raya Bangkok menggambarkan kedatangan orang Kelantan ke ibu kota Thailand sejak beratus tahun lalu.

Menurut pakar sejarah Melayu Bangkok Ustaz Sukri Salim, perkampungan Khlong Tan sudah wujud semasa pemerintahan Raja Rama III.

Kata beliau Khlong Saen Saep digali sebagai laluan tentera untuk memerangi Vietnam.

“Sebuah terusan digali untuk menghubungkan Khlong Saen Saep dengan Khlong Phra Khanong yang dilakukan buruh-buruh Melayu dari selatan Thailand termasuk Kelantan.

“Buruh tersebut merupakan tawanan perang ketika peperangan antara Siam dan kerajaan Pattani Darulsalam. Tentera kerajaan Pattani yang kalah pada peperangan dijadikan buruh paksa bagi membina terusan.

“Sebagai upah Raja Siam menawarkan tanah kepada buruh-buruh tersebut. Ketika itu bukan sahaja buruh diambil dari selatan Siam, malah ada juga dari Myanmar, Loas, China dan Vietnam,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Istiqamah Bang Mot Thung Khru di sini hari ini.   

Khlong Tan

Ustaz Sukri yang juga pensyarah di Universiti Chulalongkorn berkata, terusan yang digali orang dari Khlong Kalantan kemudian disingkatkan kepada Khlong Tan.

Katanya penduduk tempatan di kawasan itu memanggil mukim tersebut sebagai Khlong Tan.

“Orang Melayu Islam Pattani dan Kelantan menetap di situ dengan mengusahakan sawah padi di sepanjang terusan sehingga membentuk komuniti masyarakat Melayu Bangkok.

“Pada tahun 1936 jalan Bangkok-Samut Prakan dibina bagi membolehkan kawasan berkenaan membangun dengan lebih teratur di sepanjang jalan dan terusan,” ujarnya.

Manakala perkataan Cina Street pula muncul kerana ketika itu orang Cina dari Kelantan datang berniaga gula di Bangkok. Jalan tersebut panjang kira-kira 300 meter terletak di tengah bandar raya Bangkok.

Ustaz Sukri memberitahu usaha untuk menggali terusan di Bangkok termasuk di penempatan Khlong Tan pada peringkat awal dilakukan kontraktor yang dilantik Raja Siam.

Bagaimanapun disebabkan Raja Siam tidak ada wang bagi meneruskan kontrak menggalikan terusan kepada syarikat, lalu ditawarkan kepada orang ramai bagi meneruskan kerja-kerja mengorek terusan terbabit.

Melayu Bangkok

Kemudian kerja-kerja dilakukan penduduk Melayu Bangkok yang telah mendiami kawasan berkenaan sejak 1,000 tahun lalu.

Raja Rama V kemudian menggunakan tahanan perang Siam-Patani Darulsalam bagi meneruskan kerja-kerja menggalikan terusan.

Tahanan perang tersebut dari kerajaan Pattani Darusalam yang meliputi Kelantan, Kedah, Perak dan Terengganu.

“Raja juga isytihar sesiapa yang terlibat menggali parit akan diberi tanah di kawasan berkenaan. Turut diambil sebagai buruh dari Vietnam, Cbina dan Burma.

“Selain ditawarkan tanah, buruh terbabit turut ditawar bekerja di istana Raja,” ujarnya.

Pahlawan dari selatan Thailand termasuk dari Kelantan yang diambil bekerja menggali parit kemudian tinggal di sebelah saliran.

Manakala di seberang saliran tersebut ditempatkan penduduk dari Myanmar dari kaum Moa yang berpindah dari Myanmar termasuk golongan wanita.

Setelah lama menetap di situ maka berlaku perkahwinan campur antara tawanan perang dari Kelantan dan Pattani dengan wanita Moa sehingga akhirnya melahirkan Melayu Bangkok.


 

     

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook