Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Monsun Timur Laut berlarutan hingga Mac 2026
utama

Monsun Timur Laut berlarutan hingga Mac 2026

 

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Banjir gelombang pertama yang berlaku di Kelantan minggu lepas tiada laporan berkaitan kemalangan jiwa.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Dato’ Rohani Ibrahim berkata, ia dianggap sebagai permulaan yang baik untuk kita belajar mengurus situasi banjir lebih sistematik.

“Saya menzahirkan kesyukuran kerana suasana masih terkawal tanpa berlaku kemalangan jiwa, namun keadaan positif tersebut perlu dikekalkan.

“Semoga Allah melindungi kita daripada kejadian yang tidak mampu kita tanggung,” ujarnya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kasut sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia di Hospital Pakar USM, Kubang Kerian semalam.

Program itu dianjur Yayasan Muhibbah dengan kerjasama Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKEKWA), Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) dan Hospital Pakar USM.

Hadir sama Pengarah Hospital Pakar USM, Prof Dato’ Dr Ab. Rahman Izaini Ghani serta Pengarah Yayasan Muhibbah, Lo Nyok Mooi (Dr J Lo).

Sebanyak 69 pasang kasut diberi kepada pesakit kanak-kanak sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini.

Rohani turut mengingatkan rakyat Kelantan supaya sentiasa berwaspada berikutan tempoh Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlarutan sehingga Mac depan.

Menurutnya bencana banjir boleh berubah dalam masa singkat akibat hujan lebat berlaku dalam tempoh singkat.

"Keselamatan anak-anak dan ibu bapa perlu diberi perhatian terutama di kawasan berhampiran sungai, tali air dan lokasi berisiko berlaku banjir," katanya.

Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) 2025-2026 bermula 13 November berterusan sehingga Mac tahun depan dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan.

Ketua Pengarahnya Mohd Hisham Mohd Anip dilapor berkata, hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran sungai serta kawasan rendah.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook