Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pelumba Indonesia dominasi kategori elit Kelantan MBC 2025
utama

Pelumba Indonesia dominasi kategori elit Kelantan MBC 2025


Oleh: Asri Hamat

MACHANG, 21 Disember - Dua pelumba dari Indonesia, Zainal Farnani dan rakan senegara Ehza Muhamad mendominasi kategori lelaki elit apabila masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dalam Kejohanan Kelantan Mountain Bike Challenge (MBC) 2025, Piala YAB Menteri Besar Kelantan di Bukit Bakar Eco Park, di sini, pada Sabtu.

Zainal Farnani muncul juara selepas menguasai perlumbaan di litar sejauh 3.8 kilometer dengan enam pusingan, diikuti Ehza Muhamad selaku naib juara. Kedua-dua pelumba itu meninggalkan tujuh pencabar lain sejak perlumbaan dilepaskan sehingga ke garisan penamat.

Tempat ketiga hingga kelima dimenangi pelumba Helaz Cycling Team dari Kota Melaka iaitu Sani Shuib Mohd Syafie di tempat ketiga, Ahmad Syazrin Awang Ilah (keempat) dan Zulfikri Zulkifli (kelima) yang juga pemenang pingat perak Sukan SEA Thailand 2025.

Sebagai juara, Zainal membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala, manakala Ehza menerima RM2,000. Tempat ketiga menerima RM1,000, keempat RM700 dan kelima RM500.


Kejohanan itu disertai 84 pelumba dari seluruh negara serta dua pelumba dari Indonesia, membabitkan tujuh kategori termasuk lelaki elit, lelaki terbuka, lelaki junior, lelaki Master A dan B, selain wanita junior serta wanita terbuka.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan YB Dato’ Rosnazli Amin serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Dalam hantaran di media sosialnya hari ini, Dato' Mohd Nassuruddin berkata sambutan memberangsangkan kejohanan itu membuktikan potensi besar Kelantan sebagai destinasi sukan lasak dan ekopelancongan.

"Keindahan alam semula jadi di Taman Eko Rimba Bukit Bakar mampu digabungkan dengan aktiviti sukan dan rekreasi secara lestari," katanya.


Sementara itu, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad juga menerusi media sosialnya pada Sabtu, berkata penganjuran kejohanan berkenaan memberi impak langsung kepada pembangunan industri sukan negeri, khususnya dalam pencarian bakat baharu dan pembinaan ekosistem sukan berprestasi tinggi.

Untuk rekod, litar basikal bukit di Bukit Bakar Eco Park mendapat pengiktirafan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi penganjuran kejohanan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, arena sukan lasak negara masih berdukacita atas pemergian legenda sukan lasak tanah air kelahiran Kelantan Allahyarham Muhamad Razani Hussain, 59, yang meninggal dunia di Hospital Bachok pada 28 November lalu. Allahyarham pernah mewakili Malaysia pada Sukan Komanwel di Manchester, England.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook