Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penubuhan YIK mantapkan sistem pendidikan Islam di Kelantan
utama

Penubuhan YIK mantapkan sistem pendidikan Islam di Kelantan


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media Exco Pendidikan

KOTA DARULNAIM, 7 Disember - Penubuhan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang lahir daripada hasrat kerajaan negeri adalah untuk memantapkan dan memperkukuh sistem pendidikan di Islam Kelantan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, YIK ditubuhkan bagi menyempurnakan aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan generasi berilmu, beriman dan bertakwa serta mampu menguruskan diri, keluarga, masyarakat dan ummah.

Menurutnya, penubuhan YIK melalui satu enakmen khas membolehkan sistem pendidikan berasaskan ketuhanan dibangunkan dengan lebih tersusun dan mantap.

“Dalam sistem ini, kerajaan memberi penekanan kepada aspek ilmu dan nilai. Walaupun falsafah pendidikan negara sudah baik dari sudut jasmani, emosi dan intelek, namun aspek ketuhanan perlu diperkukuh bagi menyambung tugas Nabi SAW dalam usaha menyempurnakan akhlak,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari YIK yang bertemakan ‘Guru Murabbi Pembina Generasi Rabbani' di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, pada Sabtu.

Kata beliau lagi, meskipun ramai pelajar kini cemerlang dalam bidang ilmu, namun pelbagai isu sosial seperti buli dan salah laku masih berlaku, sekali gus memperlihatkan kepentingan pendidikan berteraskan nilai dan akhlak.

“Ini tugas besar yang dipikul para guru. Selain mengajar dan melaksanakan pembelajaran, guru bertanggungjawab membentuk pelajar menjadi insan berilmu, beriman, bertakwa serta mampu berkhidmat untuk pembangunan ummah,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan YIK melahirkan tokoh agamawan, profesional dan saintis adalah hasil dedikasi para guru yang memainkan peranan sebagai murabbi sehingga pelajar bukan sahaja cemerlang ilmu, malah menyerlah akhlaknya.


Tambahnya, penubuhan intitusi di bawah YIK sentiasa disesuaikan dengan keperluan semasa, bermula dengan pembinaan Sekolah Menengah Ugama (SMU-A) dan Maahad Muhammadi bagi melahirkan ulama.

"Bagi memenuhi keperluan melahirkan ulama yang faqih, pondok moden berasaskan kitab turath diperkenalkan, selain penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat di Pulai Chondong untuk melahirkan pakar al-Quran serta Maahad Tahfiz Sains bagi melahirkan profesional dalam bidang berkaitan al-Quran," jelas beliau.

Mengulas tentang sambutan Hari YIK, Dato' Wan Roslan berkata, ia diadakan sebagai tanda penghargaan kepada warga YIK yang menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah dan mencapai prestasi cemerlang.

Pada masa sama, kerajaan negeri tidak mengabaikan kebajikan guru biarpun berdepan kekangan kewangan.

“Kerajaan Negeri Kelantan tetap memperuntukkan bajet besar untuk pendidikan. Ini membuktikan keutamaan yang diberikan kerajaan dalam melahirkan pelajar berilmu dan berakhlak,” jelasnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook