Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Rejab perjalanan menuju Ramadan, isyarat awal pertingkat amal soleh – MB Kelantan
utama

Rejab perjalanan menuju Ramadan, isyarat awal pertingkat amal soleh – MB Kelantan


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 23 Disember - Ketibaan bulan Rejab mengingatkan umat Islam bahawa perjalanan menuju Ramadan telah bermula, sekali gus menjadi isyarat awal untuk memperbaiki hubungan dengan Allah SWT serta mempertingkatkan amalan soleh.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, para ulama mengibaratkan bulan Rejab sebagai bulan menanam benih kebaikan, Syaaban sebagai bulan menyuburkannya manakala Ramadan pula bulan menuai hasil daripada amalan yang dilakukan.

Menurutnya, bulan Rejab seharusnya dimanfaatkan sebagai fasa permulaan untuk membersihkan hati, melatih disiplin ibadah serta membina kekuatan rohani sebelum memasuki Ramadan yang penuh keberkatan.

“Inilah masanya untuk kita memulakan langkah memperbaiki hubungan dengan Allah, memperbanyakkan amalan soleh dan melatih diri dengan disiplin ibadah.

"Apa yang ditanam pada Rejab dan disiram pada Syaaban, insya-Allah akan dituai dengan keberkatan pada Ramadan,” katanya menerusi media sosial, pada Isnin.

Beliau turut mengajak umat Islam supaya memperbanyakkan doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sempena ketibaan bulan mulia ini, iaitu:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وبلِّغنا رَمَضَانَ

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami pada bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Menteri Besar turut berkongsi syair yang dipetik daripada kitab Lathaif al-Ma‘arif karangan Ibnu Rajab al-Hanbali sebagai peringatan dan motivasi agar umat Islam tidak mensia-siakan kelebihan bulan Rejab.

Menurutnya, syair tersebut menekankan kepentingan membersihkan catatan amalan, menjauhi perbuatan keji serta memperbanyakkan doa, memandangkan Rejab termasuk dalam kalangan bulan-bulan haram yang dimuliakan Allah SWT.

بَيِّضْ صَحِيفَتَكَ السَّودَاءِ فِي رَجَب بِصَالِحِ العَمَل
المُنجِي مِنَ اللَّهبِ

Ertinya, bersihkanlah lembaran catatanmu yang hitam pada bulan Rejab, dengan amalan soleh yang menyelamatkan dari azab api.

Sepotong syiar lagi ialah;

شَهْرٌ حَرَامٌ أَتى مِن أَشْهُرِ حُرُم إِذَا دَعَا اللهَ دَاعٍ فيه لم يَخِبِ
Mafhumnya, bulan haram yang datang daripada bulan-bulan dimuliakan, apabila seorang hamba berdoa kepada Allah di dalamnya, doanya tidak akan sia-sia.

Sehubungan itu, beliau berharap umat Islam dapat memanfaatkan bulan Rejab sebagai medan persediaan rohani agar dapat menyambut Ramadan dalam keadaan hati yang bersih dan ibadah yang lebih berkualiti.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook