Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Suara masyarakat India buktikan keharmonian kaum di Kelantan terpelihara
utama

Suara masyarakat India buktikan keharmonian kaum di Kelantan terpelihara

Nagamani Ratanakumar, 42

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 7 Disember 2025 – Masyarakat India yang menghadiri Majlis Penerangan dan Pemimpin Bersama Rakyat (Masyarakat India) pada 5 Disember lalu menyifatkan Kelantan sebagai negeri yang paling harmoni untuk didiami, dengan hubungan antara kaum yang rapat dan suasana hidup yang saling menghormati.

Bagi mereka, perpaduan di Kelantan bukan sekadar slogan tetapi realiti kehidupan seharian yang dirasai di kampung, bandar dan kawasan penempatan masing-masing.

Nagamani Ratanakumar, 42, peniaga dari Kampung Tiong yang tinggal di Pasir Tumboh berkata beliau hidup selesa dan aman walaupun menjadi satu-satunya keluarga India di kawasan tersebut.

"Duduk di Kelantan, saya suka sangat sebab sini kita boleh bergaul mesra dengan semua kaum tak kira Melayu, Cina, India dan Siam. Di kampung saya pun semua orang Melayu. Walaupun di Pasir Tumboh saya seorang sahaja orang India tapi hidup aman damai. Tiada masalah dengan jiran-jiran, saya pun hidup bahagia,” katanya.

Nagamani turut menghargai kemudahan yang disediakan kerajaan negeri untuk masyarakat India.

"Di bandar Kota Bharu ada satu tempat sembahyang. Kami kaum India boleh sembahyang molek-molek. Kerajaan negeri pun beri peluang. Kerajaan negeri dah buat apa yang kita nak. Tempat sembahyang ada, rumah pun ada bagi kepada yang kurang berkemampuan.” katanya.

Velu Veeraiah, 48

Sementara itu, Velu Veeraiah, 48, yang menetap di Kota Bharu berkata keluarganya sudah tiga generasi tinggal di Kelantan dan tidak pernah berdepan isu diskriminasi.

"Keluarga saya dah tiga generasi di Kelantan. Datuk saya, ayah saya dan saya. Memang kita tak jumpa perpaduan di Kelantan ini di negeri lain. Tiada diskriminasi kaum, kami dah macam keluarga di Kelantan,” katanya.

Jothi Veeriah, 44

Bagi Jothi Veeriah, 44, Kelantan bukan sahaja aman, malah memikat dari sudut kehidupan harian.

"Saya sangat seronok duduk di Kelantan. Makanan kegemaran saya pun nasi kerabu,” ujarnya.

Turut berkongsi pengalaman, Moganambaal Govalkrishnan, 35, yang berasal dari Kedah tetapi sudah 16 tahun menetap di Kelantan, berkata masyarakat di negeri ini sangat membantu.

Moganambaal Govalkrishnan, 35

"Jiran saya dulu orang Melayu di Kedai Mulong, betul-betul bagus. Kita susah pun dia tolong belikan buah-buahan atau barang-barang keperluan.” ujarnya.

Bagi generasi muda pula, perpaduan di Kelantan turut dirasai sejak di bangku sekolah. Krisham Naidu Shammugam, 14, dari Kampung Terbok, Tumpat berkata masyarakat di Kelantan lebih menghormati kaum India berbanding di sesetengah negeri lain.

Krisham Naidu Shammugam, 14

"Saya bangga tinggal di Kelantan sebab kalau pergi negeri lain, tiada sangat hormat kepada orang India. Tapi kalau di Kelantan, mereka hormat kita. Kalau saya pergi sekolah ke pergi kedai ke, orang Melayu suka tanya khabar dan tegur saya,” katanya.

Turut hadir membuat persembahan pada majlis itu ialah wakil India Muslim dari Kedah Dr. Azahar Abdul Aziz, 47, yang memuji suasana harmoni masyarakat di negeri ini.

Wakil India Muslim dari Kedah, Dr. Azahar Abdul Aziz, 47

"Saya ni dah kali ke-6 datang Kelantan, saya suka tengok di Kelantan suasana yang sunyi dan tenang. Program pada malam ini saya suka tengok sebab masyarakat India di Kelantan boleh hidup macam satu keluarga dengan kaum lain" jelasnya.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook