Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Syeikh Wazir masih berkhidmat di Pondok YIK
utama

Syeikh Wazir masih berkhidmat di Pondok YIK

 

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjelaskan Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki masih berkhidmat di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Menurut sumber YIK pertukaran pegawai pentadbiran di beberapa sekolah YIK tidak melibatkan Syeikh Wazir.

"Beliau masih lagi bertugas sebagai tenaga pengajar di Pondok YIK di Kandis,” katanya di sini.

Sehari dua ini tular berita kononnya Syeikh Wazir tidak disambung lagi perkhidmatan sebagai tenaga pengajar di Pondok YIK.

Malah, terdapat rakaman video sekumpulan pelajar melahirkan rasa kesal terhadap khabar angin pertukaran Syeikh Wazir dan Mudir Pondok Kandis.

Sementara itu Ketua Dewan Ulamak PAS Kota Bharu Ustaz Adnan Wazir yang juga anak kepada Syeikh Wazir menafikan ayahnya tidak lagi disambung kontrak di Pondok YIK.

“Berita yang tersebar tersebut adalah tidak benar,” ujarnya pada catatan di laman sosialnya.

Difahamkan kira-kira 40 guru termasuk mudir di beberapa sekolah YIK terlibat dengan pertukaran pada tahun hadapan bagi memperkemaskan lagi pentadbiran sekolah agama.

Turut terbabit pada pertukaran itu Pengarah YIK Dato' Zulkifle Ab Rahman yang akan berkhidmat di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai Yang Dipertua baharu.

Sumber YIK berkata, pertukaran terbabit adalah perkara biasa dalam pentadbiran mana-mana agensi kerajaan bagi memantapkan lagi pentadbiran sekolah.

Menurutnya pertukaran dibuat kerana ada guru yang berpencen dan perlu diganti guru lain.

“Pertukaran itu bukan isu, sebaliknya prosedur biasa bagi mana-mana agensi kerajaan bagi membolehkan mereka menimba lebih banyak pengalaman,” ujarnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook