Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Adun bantu ibu bapa sedia kelengkapan sekolah
utama

Adun bantu ibu bapa sedia kelengkapan sekolah

 

Oleh Salmah Mat Husain |

TUMPAT: Menjelang sesi baru persekolahan minggu depan, ibu bapa kategori B40 merupakan golongan paling risau apabila terpaksa menyediakan kelengakapan persekolahan anak-anak.

Lebih mencabar lagi bagi keluarga B40 yang mempunyai ramai anak.

Oleh itu bagi membantu keluarga terbabit, kerajaan Kelantan menyalurkan peruntukan kepada setiap Adun bagi membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan anak.

Di Dun Pengkalan Kubor sebanyak RM30,000 diperuntuk bagi pelaksanaan ‘Program Back to School’ sebagai usaha meringankan beban keluarga menjelang sesi baharu persekolahan.

Adun Pengkalan Kubor Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, bantuan tersebut disalur untuk penyediaan pakaian serta beg sekolah kepada pelajar daripada keluarga yang memerlukan.

Menurutnya program berkenaan dilaksanakan dalam dua sesi dengan melibatkan keseluruhan 339 pelajar.

“Pada sesi pertama seramai 174 pelajar menerima bantuan, manakala sesi kedua melibatkan 165 penerima,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar keluarga miskin di sini semalam.

Beliau yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri berkata, program itu bukan sahaja bertujuan meringankan beban ibu bapa, malah suntikan semangat kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan.

 “Kerajaan negeri berharap sumbangan ini dapat membantu anak-anak untuk terus menuntut ilmu dengan tekun. Sektor pendidikan menjadi keutamaan kerajaan negeri sebagai pelaburan jangka panjang dalam usaha melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing,” katanya.

Program Back to School diadakan di seluruh Dun di Kelantan sebagai inisiatif berterusan kerajaan negeri memastikan kebajikan pelajar khususnya golongan berpendapatan rendah terbela.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook