Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Afiq Haikal, Asyraf dan Irfan Naufal juara Kemasin Beach Surf Competition 2025

Afiq Haikal, Asyraf dan Irfan Naufal juara Kemasin Beach Surf Competition 2025

Afiq Haikal, johan Men Shortboard
Oleh: Asri Hamat

BACHOK, 2 Januari – Kejayaan Mohd Nor Afiq Haikal Mohd Nor Azizi, Mohd Asyraf Awang Selamat dan Mohamad Irfan Naufal Kasar menjuarai kategori masing-masing mencuri tumpuan utama Kemasin Beach Surf Competition 2025.

Kejuaraan anak muda itu sekali gus mengangkat Pantai Kemasin sebagai gelanggang kompetitif sukan luncur ombak di Pantai Timur.

Afiq Haikal muncul johan Men Shortboard, diikuti Riski Putra (naib johan) dan Mohd Nazrin Nasruddin (ketiga). 

Asyraf Awang, juara kategori Men Long Board

Dalam kategori Men Long Board pula Asyraf Awang Selamat merangkul kejuaraan mengatasi Mohd Nazrin Nasruddin di tempat kedua dan Sopanat di tempat ketiga. 

Sementara itu, Mohamad Irfan Naufal Kasar menjuarai Grom Shortboard, dengan Lucas Santiago Wehle sebagai naib johan dan Aonnarin Engsrisawang di tempat ketiga.

Riski Putra (naib johan), kategori Men Shortboard

Johan kategori Men Shortboard meraih wang tunai RM1,200, Naib Johan menerima RM1,000 dan RM800 untuk tempat ketiga

Bagi kategori Men Longboard pula RM1,000 untuk johan, RM750 (naib johan) dan RM500 (ketiga). 

Manakala kategori Grom Shortboard menawarkan RM750 (johan), RM500 (naib johan) dan RM300 (ketiga). 

Pertandingan anjuran Persatuan Luncur Ombak Kelantan dengan kerjasama Persatuan Luncur Ombak Malaysia itu diadakan buat kali kedua dan menghimpunkan 45 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk Thailand, Acheh dan Portugal, selain Pahang, Terengganu, Sabah dan Kelantan.

Sehubungan itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor memaklumkan bahawa sekiranya tiada halangan, penganjuran edisi 3.0 disasarkan pada hujung tahun 2026.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor

“Harapan kita agar penyertaan akan bertambah pada masa akan datang. Perkara ini diserahkan kepada usaha persatuan luncur ombak untuk mendapatkan penyertaan lebih ramai, khususnya dari luar negara dan juga peserta dalam negara yang bukan dari Kelantan bagi memeriahkan pertandingan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Perasmian Penutup Kemasin Beach Surf Competition 2025 di Pantai Impian Kemasin, di sini, pada Khamis.

Tambahnya, penganjuran berterusan kejohanan itu berpotensi mencetuskan aktiviti ekonomi setempat, khususnya kepada komuniti perkampungan dan kawasan sekitar Pantai Kemasin.

Dalam pada itu, Datuk Kamarudin merakamkan penghargaan kepada peserta dari Acheh yang tetap hadir walaupun wilayah tersebut sedang berdepan bencana banjir besar.

“Kita doakan semoga keadaan di Acheh bertambah baik. Difahamkan YAB Menteri Besar Kelantan dijangka membuat kunjungan ke Acheh hujung bulan ini bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan,” jelasnya.

Beliau turut berharap peserta luar negara dapat menikmati keunikan makanan dan destinasi pelancongan Kelantan.

“Mereka ini sebenarnya menjadi duta kita secara tidak rasmi. Apabila pulang ke negara masing-masing, kita harap mereka akan berkongsi perkara-perkara yang baik tentang Malaysia, khususnya Kelantan dan Pantai Kemasin,” ujarnya.

Sementara itu, peserta dari Acheh Timur, Riski Putra, melahirkan rasa terharu atas keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap mangsa banjir besar di Acheh.

“Saya datang dari Acheh Timur dan berasa sangat terharu dengan keprihatinan

Kerajaan Negeri Kelantan terhadap mangsa banjir besar yang melanda Acheh baru-baru ini,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.


Hadir sama, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad, Ahli Parlimen Bachok YB Syahur Sulaiman, Ahli-ahli Dewan Negeri (ADN) serta Ketua Jajahan Bachok Mohd Zaki Yusuf.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook