Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Anak Kelantan di perantauan diingatkan amal cara hidup Islam
utama

Anak Kelantan di perantauan diingatkan amal cara hidup Islam


Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA DARULNAIM, 25 Januari - Anak-anak Kelantan yang berada di perantauan diingatkan supaya sentiasa membawa serta mengamalkan cara hidup Islam walaupun menetap di tempat orang, sekali gus menjaga identiti dan jati diri sebagai rakyat negeri itu.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata setiap anak Kelantan merupakan duta kepada negeri berkenaan dan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat setempat.

“Walau di mana kalian berada, anda adalah duta bagi Tanah Serendah Sekebun Bunga, maka tunjukkan contoh teladan yang baik kepada orang lain,” katanya menerusi media sosial pada Sabtu.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar bersama anak-anak Kelantan di Tawau, Sabah, anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) yang berlangsung pada Jumaat.


Menurutnya, kemeriahan majlis itu jelas dirasai apabila anak-anak Kelantan yang menetap dan berkhidmat di Tawau berhimpun dalam suasana penuh mesra, seolah-olah sebuah keluarga besar.

“Itulah gambaran sambutan daripada anak-anak Kelantan di Tawau yang hadir menjayakan Majlis Ramah Mesra tersebut,” katanya.

Menteri Besar turut melahirkan rasa syukur kerana berpeluang bertemu dan bersua muka dengan anak-anak Kelantan di perantauan, termasuk mereka yang berkhidmat dalam pelbagai sektor serta anak-anak muda yang masih menuntut ilmu.

“Kebanyakan daripada mereka berkhidmat di sini dalam pelbagai sektor perkhidmatan. Tidak ketinggalan anak-anak muda yang masih belajar datang menyapa dan bergambar untuk kenang-kenangan bersama,” katanya.


Tambahnya, pertemuan seumpama itu diatur bagi memastikan hubungan antara anak-anak Kelantan di perantauan dengan kerajaan negeri terus terjalin secara berterusan.

“Saya memanfaatkan ruang bersama mereka untuk berkongsi perkembangan semasa kerajaan negeri Kelantan, khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi serta inisiatif kesejahteraan rakyat,” katanya.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Presiden Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) YB Dato' Abdul Rahman Yunus, sebahagian Ahli Dewan Negeri Kelantan (ADN) dan Pengarah UPKN Razuan Awang Hamad.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook