Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Anak muda Kelantan sambut ambang tahun baharu 2026 dengan selawat
utama

Anak muda Kelantan sambut ambang tahun baharu 2026 dengan selawat

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 1 Januari - Negeri Kelantan memilih pendekatan berbeza dalam menyambut ambang tahun baharu 2026 apabila mengisinya dengan program keagamaan melalui majlis selawat dan ilmu, sebagaimana saranan agama.

Menteri Besar YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata amalan berselawat adalah perintah Allah SWT, bahkan Allah SWT dan para malaikat sendiri berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Katanya, setiap selawat yang diucapkan kepada Rasulullah SAW akan dibalas dengan sepuluh selawat daripada Allah SWT, yang membawa maksud turunnya rahmat kepada hamba-Nya.


“Negeri Kelantan menyambut tahun baharu dengan cara yang dianjurkan Islam, iaitu berselawat dan majlis ilmu. Ini adalah amalan yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026: Anak Muda Kelantan Berselawat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Katanya lagi, program berkenaan merupakan program yang baik dan bermakna dalam memberi pengisian rohani kepada masyarakat khususnya golongan muda.

Majlis ilmu disampaikan oleh Habib Ali Zeinal Abidin al-Hamid

“Kita isi sambutan ini dengan selawat dan majlis ilmu yang disampaikan oleh Habib Ali Zeinal Abidin al-Hamid. Nilai sebenar dalam diri manusia ialah iman yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba yang dikasihi-Nya,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat agar menjadikan permulaan tahun baharu sebagai ruang bermuhasabah diri sebelum dihisab di hadapan Allah SWT.

“Kita perlu menyemak sejauh mana amalan yang kita buat itu amalan yang bermanfaat berbanding dengan amalan yang tidak bermanfaat. Ini kerana tanda kecemerlangan seorang Muslim ialah meninggalkan perkara yang tidak berfaedah,” ujarnya.


Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad

Sementara itu, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad pula menegaskan bahawa anak muda Kelantan memilih cara sambutan tahun baharu dengan cahaya iman dan berselawat kepada Rasulullah SAW.

"Pada malam ini kita bersama anak-anak muda menyambut tahun baharu bukan dengan kelalaian tetapi dengan penuh kesedaran. Beruntunglah anak muda yang memilih jalan iman yang menjadikan agama sebagai kompas hidupnya.

"Anak-anak muda bukan sahaja sekadar pewaris masa hadapan tetapi juga penentu masa depan Kelantan," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Pengerusi Yayasan ar-Riayah Habib Ali Zainal Abidin, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri, Ketua Polis Kelantan YDH CP Dato’ Mohd Yusoff Mamat, Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan Syeikh Wazir Awang serta Pengarah Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan (U-BeS) Mohamad Kamal Mohamed.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook