Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Apa pendirian Umno ketika mahkamah batal Kedah haram judi
utama

Apa pendirian Umno ketika mahkamah batal Kedah haram judi

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Tindakan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan nama Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyerang PAS sebagai langkah terdesak bagi membodek rakan komponen kerajaan  khususnya DAP.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata penggunaan hujah tanpa memahami konteks sebenar pemikiran Allahyarham Tuan Guru adalah naratif kurang bijak.

Beliau berkata, Zahid terkhilaf apabila mentafsir ungkapan seorang negarawan Islam itu secara sempit, sedangkan Islam yang diperjuangkan  Allahyarham Tuan Guru meliputi keseluruhan cara hidup manusia.

“Islam yang disebut oleh Allahyarham Tuan Guru bukan sekadar ibadah ritual, tetapi merangkumi pentadbiran negara, undang-undang, ekonomi dan sosial masyarakat,” katanya pada kenyataan semalam. 

Baru-baru ini Zahid dilapor menyebut PAS akan terbubar dengan sendiri memandangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mencadangkan Umno dan PAS dibubar dengan menubuh parti baru berteraskan Islam. 

Firdaus juga berkata, sekiranya Umno berminat melaksanakan Islam, di manakah pendirian parti itu ketika Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dibatalkan oleh seorang individu.

Di manakah Umno ketika usaha Kerajaan Kedah untuk menghentikan lesen judi diputuskan tidak sah oleh mahkamah.

“Berhujahlah menggunakan pandangan tokoh yang masih hidup atau hujah baharu. Jika hanya mahu mengambil ungkapan lama, anak-anak muda tidak akan lupa penafian kerjasama Zahid-Anwar sebelum PRU15, walaupun kedua-duanya masih hidup,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook