Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Balai Seni Lukis pemangkin pembangunan bakat kreatif
utama

Balai Seni Lukis pemangkin pembangunan bakat kreatif

 
Oleh Salmah Mat Husain|

KOTA BHARU: Balai Seni Lukis Kelantan berperanan sebagai pemangkin pembangunan bakat dan ekonomi kreatif dalam usaha memartabatkan seni visual negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhamad berkata, Balai Seni Lukis berfungsi sebagai pusat dokumentasi dan rujukan seni visual.

Selain itu sebagai platform pembangunan bakat seniman muda serta medan interaksi antara seniman dan masyarakat.

“Kewujudan balai seni menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi kreatif menerusi penganjuran pelbagai program seni berimpak tinggi,” katanya ketika merasmikan Sepetang Bersama Legasi Ismail Embong di Balai Seni Lukis Kelantan, di sini semalam.

Hampir 200 karya legasi Ismail Embong, Shikin Maembong dan Emma Maembong  dipamerkan di Balai Seni Lukis Kelantan bermula 25 November hingga 29 Januari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Datuk Sr Zamri Ismail, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Norhalis Mohamed Noor, Emma Maembong, Shikin Maembong dan Cat Farish.

Zamakhshari turut berharap balai seni menjadi wadah bagi melahirkan lebih ramai pelukis dan pengkarya tempatan yang mampu menembusi peringkat nasional dan antarabangsa.

Katanya, seni yang berpaksikan nilai, adab dan jati diri mampu menjadi jambatan yang menghubungkan generasi lama dan baharu dalam memelihara warisan budaya negeri.

“Saya berharap Balai Seni Lukis sentiasa hidup dengan pelbagai aktiviti pameran, bengkel, diskusi serta program seni yang inklusif dan berimpak tinggi kepada masyarakat,” ujarnya.

Program berkonsep santai itu menampilkan Tokoh Seni Negara, Ismail Embong bersama dua anaknya, Fatimah Rohani (Emma Maembong) dan Siti Nur ‘Ashikin (Shikin Maembong).

Karya-karya keluarga Ismail Embong dipamerkan dan ditawar untuk jualan bermula pada harga RM25,000.

Pameran tersebut mendapat sokongan Perbadanan Muzium Negeri sebagai usaha menyahut aspirasi nasional dalam merancakkan sektor pelancongan budaya.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook