Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Bidaan amal kumpul RM15,000 bantu rakyat Palestin
utama

Bidaan amal kumpul RM15,000 bantu rakyat Palestin

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Program forum pengkisahan Gaza sempena Karnival Kubang Kerian Sejahtera (KuKeS)  berjaya mengumpul hampir RM15,000 menerusi sesi bidaan amal barangan milik pimpinan PAS. 

Antara barangan yang dibida milik Timbalan Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berupa parang sembelih dan cincin, selain parang sembelih milik Adun Demit, Ustaz Mohd Asri Daud.

Barangan peribadi milik dua pimpinan terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang hadir. Selain itu, jam tangan dan keris turut dibida, menjadikan keseluruhan kutipan bidaan mencecah hampir RM15,000.

Kesemua hasil bidaan tersebut akan disumbang bagi membantu umat Islam di Gaza yang terus berdepan krisis kemanusiaan dan penindasan berterusan oleh rejim haram zionis. 

Sempena program berkenaan diadakan forum yang menampilkan Adun Batu Buruk Dr Khalil Abdul Hadi dan penganalisis politik Timur Tengah Dr Kamaruzzaman Yusuf, manakala Ketua Penerangan PAS Kota Bharu Ustaz Abdul Malek Abdul Karim sebagai moderator. 

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata,   solidariti umat Islam di Malaysia terhadap penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin begitu penting memandang mereka begitu lama ditindas. 

Mohd Asri pula merakamkan penghargaan kepada semua pembida dan penyumbang di atas sokongan dan keprihatinan yang ditunjukkan.

Sebelum itu, aktivis Sumud Flotilla, PU Rahmat turut berkongsi pengalaman permusafiran beliau baru-baru ini serta situasi semasa rakyat Gaza.

Karnival Kubang Kerian Sejahtera yang berlangsung bermula 14 hingga 17 Januari menawarkan pelbagai program menarik di tapak karnival Mydin Mall Tunjong.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads