Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Guru YIK disaran dekati pelajar keluarga B40
utama

Guru YIK disaran dekati pelajar keluarga B40

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Guru-guru sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) disaran mengenal pasti permasalahan yang dihadapi pelajar khususnya golongan B40.

Timbalan Pengarah (Sekolah) Yayasan Islam Kelantan (YIK), Ahmad Fakhruddin Deraman berkata, usaha itu perlu dibuat bagi membantu pelajar supaya tidak terjebak dengan gejala tidak diingini.

Katanya, faktor kemiskinan keluarga, tahap pendidikan ibu bapa serta kekurangan ilmu agama menjadi antara punca utama pelajar berisiko menghadapi masalah sosial.

“Keadaan menjadi lebih mencabar apabila ibu bapa meninggal dunia menyebabkan anak-anak kehilangan tempat bergantung.

“Kurang pemantauan, sokongan emosi serta bimbingan daripada keluarga turut menyumbang kepada kecenderungan pelajar terlibat dengan gejala negatif,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Guru Kali Pertama 2026 dan Jamuan Akhir Tahun Maahad Rahmaniah Kuala Krai di Anjung Rebana baru-baru ini.

Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran, Ko-Kurukulum, Hal Ehwal Murid, kakitangan Maahad Rahmaniah dan wakil Alumni SEMUARA.

Majlis berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Hilmi Abdullah.

Ahmad Fakhruddin berkata, guru begitu penting mendekati pelajar serta keluarga golongan terbabit bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi di peringkat akar umbi.

Menurutnya juga berdasar maklumat yang diperolehi daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), agensi terbabit menyarankan supaya memberi perhatian serius kepada golongan tersebut.

“Pendekatan secara berhemah dan berterusan perlu dilaksanakan supaya bantuan yang sesuai dapat disalurkan tepat kepada sasaran.

“Pendidikan agama dan pembentukan akhlak pelajar menjadi tunjang utama dalam sistem pendidikan YIK bagi melahirkan generasi berilmu, beriman dan berakhlak mulia,” ujarnya.

Wajah baharu

Sementara itu, Pengetua Sekolah Maahad Rahmaniah Kuala Krai, Zaki Idris berkata, sekolah berkenaan memasuki sesi baharu 2026 dengan wajah baru berikutan kerja-kerja menaik taraf melibatkan kos RM124,000.

Menurut beliau daripada jumlah tersebut, sebanyak RM95,000 diperuntuk bagi mengecat bangunan sekolah yang mana dana disumbang kerajaan negeri.

Manakala sebanyak RM29,000 lagi pembinaan bumbung laluan masuk ke sekolah sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Bumbung laluan berkenaan dibina dari pintu masuk utama menuju ke Blok B bagi memberi keselesaan dan perlindungan terutama ketika cuaca tidak menentu,” katanya.

Oleh itu beliau berharap penambahbaikan tersebut dapat meningkatkan semangat serta motivasi pelajar hadir ke sekolah dan memberi tumpuan kepada pembelajaran.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook