Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kasut koyak punca pelajar enggan ke sekolah
utama

Kasut koyak punca pelajar enggan ke sekolah

 

Oleh Salmah Mat Husain|

KOTA BHARU: Terdapat kes pelajar enggan datang ke sekolah kerana malu disebabkan kasut mereka koyak sehingga menampakkan ibu jari kaki.

Pengarah Pusat Khidmat Dun Kota Lama, Dato’ Zamri Ismail berkata, situasi seperti itu tidak dapat dinafikan berlaku kerana ada keluarga miskin yang tidak mampu menyediakan keperluan sekolah anak-anak.

Katanya mengambil kira terdapat kes seumpama itu Pusat Khidmat Dun Kota Lama mencari dana bagi menyediakan keperluan sekolah kepada pelajar terutamanya dari keluarga miskin.

“Oleh itu saya nasihatkan ibu bapa yang tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak berhubung dengan pejabat Pusat Khidmat Dun atau penghulu bagi memohon bantuan.

“Kita tidak nafikan beban kewangan ibu bapa lebih berat sekiranya mempunyai bilangan anak yang ramai,” katanya pada majlis penyampaian bantuan persekolahan di PKD Kota Lama semalam.

Hadir sama Penyelia Dun Kota Lama, Ir Nor Shakiman Muhammad, ibu bapa dan pelajar.

Seramai 800 pelajar menerima sumbangan pakaian sekolah menerusi dua sesi bantuan awal persekolahan. Sesi pertama melibatkan seramai 700 orang.

Sumbangan diberi dalam bentuk baucar bernilai RM100 di mana ia boleh ditebus di kedai-kedai terpilih.

Zamri berkata, walaupun jumlah sumbangan berkenaan tidak seberapa, namun ia amat diperlukan ibu bapa keluarga miskin setiap kali menjelang awal tahun persekolahan.

Menurutnya juga peruntukan bagi menjayakan program berkenaan disumbang kerajaan negeri dan syarikat-syarikat swasta.

“Keseluruhan peruntukan bagi dua sesi terbabit hampir RM66,000 bagi membantu ibu bapa berpendapatan rendah menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, PKD Kota Lama menganjurkan Program Gunting Rambut percuma yang memberi manfaat kepada 200 pelajar. Selain itu program berkhitan melibatkan seramai 50 peserta, diadakan pada akhir tahun lepas.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook