Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kawasan rekreasi dorong gaya hidup sihat masyarakat - YB Rusli
utama

Kawasan rekreasi dorong gaya hidup sihat masyarakat - YB Rusli


Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media ADN Wakaf Bharu

TUMPAT, 8 Januari — Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Rusli Abdullah menegaskan kepentingan mewujudkan kawasan rekreasi dalam melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, pelbagai jenis penyakit yang ditemui ketika menziarahi rakyat Wakaf Bharu.

"Saya selaku ADN Wakaf Bharu, bila pergi ziarah orang sakit itu, macam-macam sakit ada. Antara punca penyakit adalah dari segi pemakanan dan kurang senaman" katanya ketika berucap di masjlis tersebut.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu, YB Rusli Abdullah

Beliau berkata, di Kelantan kini semakin banyak kawasan rekreasi diwujudkan bagi menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti kecergasan bersama keluarga.

YB Rusli turut menasihatkan masyarakat agar memperuntukkan masa untuk bersenam walaupun sibuk dengan urusan seharian.

"Sesibuk mana pon kita, kena ada masa untuk bersenam" ujarnya.


Beliau mengucapkan tahniah kepada penduduk Taman Kasturi, Wakaf Bharu yang kini menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa selepas taman permainan baharu dirasmikan oleh Ketua Jajahan Tumpat Mohamad Nazwan Ismail, semalam.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Ketua Jajahan Tumpat atas kejayaan merasmikan Taman Rekreasi Puteri Sa’adong yang kini mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat, sama ada pada waktu pagi, petang mahupun malam.

Dalam majlis itu, Ketua Jajahan Tumpat turut menyatakan hasrat agar kawasan tersebut bukan hanya sekadar taman permainan, tetapi dinaik taraf sebagai kompleks permainan melalui perancangan pembinaan gelanggang futsal dan gelanggang sepak takraw pada masa akan datang.


YB Rusli mengajak semua pihak mendoakan agar perancangan itu dapat direalisasikan demi manfaat warga Taman Kasturi dan kawasan sekitarnya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Taman Kasturi atas usaha dan pengurusan kemudahan taman yang baik termasuk penganjuran pelbagai aktiviti komuniti.

Taman permainan itu diluluskan di bawah inisiatif IKR (Inisiatif Kemudahan Rakyat) melalui ECERDC, dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat sebagai agensi pelaksana.


YB Rusli menyeru penduduk menggunakan kemudahan tersebut dengan sebaiknya, menjaga kebersihan serta memelihara prasarana agar terus memberi manfaat dalam jangka masa panjang.

Turut hadir, Pegawai Eksekutif Kanan ECERDC Negeri Kelantan Ridzuan Abd Rahman, Penggawa, Penghulu, Ahli Majlis Daerah Tumpat serta wakil agensi berkaitan.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook