Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan tuan rumah SUKMA 2028, projek naik taraf infrastruktur diluluskan
utama

Kelantan tuan rumah SUKMA 2028, projek naik taraf infrastruktur diluluskan


Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 8 Januari - Pemilihan Kelantan sebagai tuan rumah SUKMA 2028 buat julung kalinya dilihat sebagai pengiktirafan terhadap keupayaan negeri itu serta peluang penting untuk memperkukuh imej Kelantan di peringkat nasional, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur, sukan dan pelancongan negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan YBM Dato’ Kaya Perkasa Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal berkata, untuk tujuan itu, Kerajaan Persekutuan melalui Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) telah meluluskan cadangan kerajaan negeri bagi melebarkan jalan susur keluar Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai.

Menurutnya, projek pelebaran jalan itu melibatkan laluan bermula dari persimpangan Kok Lanas hingga ke jalan masuk Kompleks Sukan Bukit Merbau, yang dijangka memberi impak positif terhadap kelancaran aliran trafik.

“Kelulusan ini amat penting bagi menampung peningkatan pergerakan kenderaan, khususnya ketika penganjuran SUKMA 2028 kelak, selain memudahkan akses ke Kompleks Sukan Bukit Merbau."

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YBM Dato’ Kaya Perkasa Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2026 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Pada masa sama, beberapa gelanggang acara, kemudahan latihan serta penginapan atlet sedang giat dinaik taraf bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang rapi dan penganjuran temasya yang lancar.

“Usaha ini bukan sahaja bertujuan menjayakan SUKMA 2028, malah diharap dapat memberi impak positif jangka panjang kepada pembangunan sukan dan pertumbuhan ekonomi setempat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean memaklumkan bahawa kerajaan negeri turut meneruskan usaha mempromosikan sektor pelancongan Kelantan melalui penganjuran pelbagai acara dan program selari dengan perisytiharan Tahun 2026 sebagai Tahun Melawat Malaysia.

Tambahnya, dengan jangkaan siapnya projek penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu menjelang Syawal tahun ini, Kelantan kini berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk menerima kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Kelantan menawarkan pelbagai produk pelancongan yang menonjolkan keunikan budaya, seni, warisan keislaman serta keindahan alam semula jadi,” ujarnya.

Selain destinasi ekopelancongan popular seperti Dabong dan Gua Musang, beliau juga memaklumkan bahawa Kelantan juga memiliki pulau-pulau semula jadi yang menarik di jajahan Tumpat, yang berpotensi menjadi tarikan baharu kepada pelancong.
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook