Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelas tidak dapat tampung murid keperluan khas
utama

Kelas tidak dapat tampung murid keperluan khas

 

Oleh A Rahman Harun |

KUALA LUMPUR: Kemasukan murid keperluan khas meningkat setiap tahun menyebabkan ada sekolah terpaksa menampung kadar lebih besar melewati jumlah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Oleh itu KPM disaran memberi tumpuan khusus terhadap keperluan sekolah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi (PPKI) dan program pendidikan inklusif (PPI) di seluruh negara.

Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berkata, kesedaran ibu bapa semakin meningkat bagi menghantar anak-anak yang ada berkebolehan khas ataupun Orang Kelainan Upaya (OKU) ke sekolah keperluan khas.

"Saya dimaklumkan di Kuala Langat satu kelas sepatutnya tidak melebihi daripada 15 murid, tetapi ada sekolah sampai 25 orang atau lebih," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya juga kekecohan dalam kelas PPKI merupakan cabaran utama dihadapi guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM), terutamanya melibatkan murid sindrom autisme, ADHD atau masalah tingkah laku.

Kata beliau apabila jumlah murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas risiko kekecohan dan pergaduhan semakin meningkat.

"Situasi ketidakcukupan guru kadang-kala berlaku pergaduhan yang tidak dapat dikawal. Saya berharap kerajaan melihat isu tersebut secara serius," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook