Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kerajaan perlu perketat dasar kawal selia hiburan
utama

Kerajaan perlu perketat dasar kawal selia hiburan


Oleh Salmah Mat Husain

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia memandang serius perkembangan mutakhir yang menyaksikan kebanjiran penganjuran konsert artis luar khususnya dari Korea Selatan, termasuk G-Dragon, Hwasa dan ITZY, serta perancangan kehadiran BTS ke Kuala Lumpur.

Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam, Pemuda PAS Malaysia, Mohamed Sukri Omar berkata, dalam masa yang sama isu persembahan kumpulan tempatan seperti DOLLA yang mencetuskan kontroversi berkaitan imej dan penampilan turut menimbulkan kebimbangan awam.

Menurut beliau, Islam tidak menolak seni dan hiburan, namun hiburan wajib berada dalam kerangka syariah, akhlak serta budaya masyarakat Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha menormalisasikan hiburan yang menjurus kepada hedonisme, pemujaan selebriti melampau, eksploitasi seksual serta pencairan nilai agama dan jati diri anak muda Islam,” katanya pada  kenyataan.

Beliau menjelaskan kebimbangan Pemuda PAS Malaysia bukan terletak kepada kewarganegaraan artis, tetapi mesej, imej dan budaya yang dibawa serta kesannya terhadap pemikiran dan akhlak generasi muda.

Katanya, kesan negatif hiburan tidak terkawal kini semakin ketara, antaranya pembentukan pemikiran yang mengagungkan artis sebagai idola utama, perubahan gaya hidup ke arah kebebasan tanpa disiplin, serta hakisan nilai malu dan adab.

Menurutnya juga industri hiburan tempatan tidak seharusnya diasuh untuk mempercayai kejayaan hanya boleh dicapai melalui sensasi, pendedahan tubuh dan peniruan budaya luar yang bercanggah dengan nilai masyarakat.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Malaysia menggesa kerajaan Persekutuan dan negeri memperketat dasar kawal selia hiburan secara konsisten serta berteraskan nilai agama dan budaya tempatan.

Beliau turut menegaskan pihak penganjur perlu memikul tanggungjawab moral dan sosial, bukan sekadar mengejar keuntungan ekonomi, selain industri hiburan tempatan disaran membina kreativiti dan bakat tanpa mengorbankan maruah dan nilai.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook