Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Mydin Mart buka cawangan terbaru di Pasir Mas
utama

Mydin Mart buka cawangan terbaru di Pasir Mas

PASIR MAS: Kuasa beli rakyat Kelantan antara yang tertinggi di negara ini biarpun negeri itu pernah dilabelkan sebagai termiskin di Malaysia.

Hakikat itu dapat dibuktikan pemilik pasar raya membuka cawangan di seluruh Kelantan, yang menggambarkan kepesatan pembangunan ekonomi rakyat.

Malah, AEON Mall Kota Bharu pernah mencatatkan rekod jumlah pembelian antara tertinggi di Malaysia daripada 195 cawangan pusat beli-belah itu di seluruh negara.

Terbaru di Pasir Mas, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) akan membuka cawangan ke-72  pada Khamis ini. Mydin Mart Pasir Mas akan beroperasi di sebelah kedai buku SMO di Lot 660 Seksyen 1, Bandar Pasir Mas, berhampiran stesen kereta api.

Perasmian pasar raya terbabit akan disempurnakan Ahli Parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad Fadhli Shaari pada pagi Khamis ini.

Mydin Mohamed Holdings Berhad pada kenyataan kepada media memberitahu pihaknya memperluaskan lagi rangkaian pasar raya mesra komuniti di Pantai Timur.

Oleh itu orang ramai di jajahan itu berpeluang membeli barangan keperluan dengan harga borong dan berpatutan.

“Ruang yang disediakan lebih selesa dan mudah kepada penduduk, di samping membuka peluang pekerjaan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui penglibatan usahawan dan pembekal tempatan,” ujarnya.

Di Pasir Mas sebelum ini terdapat pasar raya Pantai Timur di Jalan Pasir Mas-Kota Bharu. Selain itu pasar raya di Bandar Baru Apam Putra Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang.

Di setiap bandar utama di Kelantan terdapat paling kurang sebuah pasar raya besar. 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook