Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

NGO bantu rakyat Palestin berdepan musim sejuk
utama

NGO bantu rakyat Palestin berdepan musim sejuk

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Misi Bantuan Kemanusiaan anjuran Gabungan NGO Suara Gaza terus dilaksanakan di selatan dan tengah Gaza meskipun wilayah itu kini dilanda musim sejuk yang mencabar kehidupan penduduk.

Presiden NGO Suara Gaza, Nazri Deraman berkata, bantuan harian berjaya disempurnakan pada 28 Januari lalu di beberapa lokasi terjejas, hasil sokongan dan sumbangan orang ramai.

Menurutnya, walaupun berdepan kekangan dana, pasukan misi bantuan tetap diberi kekuatan untuk membantu rakyat Gaza yang berada dalam keadaan serba kekurangan.

“Alhamdulillah, Allah SWT telah memberi kekuatan kepada kita untuk menyalurkan bantuan harian sehingga ia berjaya dilaksanakan. 

"Setiap sumbangan yang diterima telah kami sempurnakan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukan,” katanya di sini. 

Beliau juga berkata, jaringan kerjasama Suara Gaza bersama rakan NGO dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) turut menyumbangkan bahan mentah bagi penyediaan roti untuk diagihkan kepada penduduk Gaza.

Katanya, bantuan tersebut amat penting bagi memastikan bekalan makanan asas dapat disalurkan krpada rakyat Palestin.

Nazri turut berharap masyarakat terus menyokong misi kemanusiaan Suara Gaza agar bantuan dapat diteruskan secara konsisten dan berkesan.

"Kami juga akan menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin pada 16 hingga 22 Febuari ini," ujarnya. 

Orang ramai yang ingin mendapatkan laporan lengkap misi boleh menyertai Saluran WhatsApp Suara Gaza, manakala sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Pertubuhan R Kelantan di Bank Islam melalui nombor akaun 03120010000318. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dihubungi melalui talian 013 9811 605.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook