Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Patuh disiplin usaha awal asah bakat pelajar
utama

Patuh disiplin usaha awal asah bakat pelajar

 

TUMPAT: Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan yang dilancar lapan tahun lepas bertujuan melahirkan generasi rabbani yang seimbang menguasai ilmu dunia dan akhirat.

Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) dilancar pada 25 Februari 2018 melibatkan sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK). 

Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, dasar tersebut juga dapat melahirkan pelajar sebagai pimpinan di peringkat sekolah dan masyarakat. 

Oleh itu katanya, bagi mengasah bakat pimpinan, pelajar perlu mematuhi disiplin yang ditetapkan sekolah dan YIK.

“Allah SWT melantik manusia sebagi khalifah di bumi dan diisytiharkan di hadapan para malaikat bertujuan untuk memastikan manusia tunduk dan patuh dengan sepenuh pengabdian.

“Begitu juga pelajar perlu mematuhi disiplin sekolah sebagai usaha mengasah bakat kepimpinan,” katanya pada majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan Pelajar di Maahad Muhammadi Pasir Pekan hari ini.

Turut hadir guru besar Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Inspektor Norihan Yusuf dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, guru-guru dan pelajar.

Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk melahirkan insan seimbang dunia akhirat, menggabungkan ilmu dunia dengan kefahaman Islam melalui kurikulum bersepadu.

Wan Roslan juga berkata, program penyampaian watikah pelantikan pimpinan pelajar mengingatkan pelajar setiap jawatan merupakan amanah.

“Setiap amanah pasti akan dipersoalkan. Tugas mendidik dan memimpin bukan untuk dibanggakan, tetapi untuk ditunaikan dengan penuh tanggungjawab.

“Semoga semua yang menerima amanah hari ini diberikan kekuatan, keikhlasan dan istiqamah. Semoga usaha ini menjadi saham akhirat yang berpanjangan,” tambahnya.

Sempena program berkenaan lafaz ikrar yang dipimpin ketua pelajar sebagai tanda kesediaan memikul amanah yang diberikan pihak sekolah.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook