Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PBT perlu rancang pembangunan bandar secara berperingkat dan berhemah – YB Hilmi
utama

PBT perlu rancang pembangunan bandar secara berperingkat dan berhemah – YB Hilmi


Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 12 Januari – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Kelantan diingatkan supaya merancang pembangunan bandar secara berperingkat dan berhemah bagi menghadapi fasa peralihan pembangunan fizikal negeri yang semakin pesat.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata, Kelantan kini berada dalam fasa penting sementara menunggu impak maksimum beberapa projek infrastruktur mega siap dilaksanakan.

Beliau berkata, antara projek utama tersebut termasuk Lebuh Raya Kota Bharu–Kuala Krai (KB-KK), Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa kedua.


“Negeri Kelantan kini berada dalam fasa peralihan pembangunan fizikal yang penting. Sementara menunggu persiapan dan impak penuh projek-projek infrastruktur utama ini, PBT dan ahli majlis perlu segera merancang pembangunan bandar secara berperingkat dan berhemah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2026 di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Menurutnya, perancangan rapi amat diperlukan bagi mengelakkan berlakunya pembangunan tidak terkawal di kawasan bandar serta pinggir bandar.


Selain itu, tambahnya, PBT juga bertanggungjawab memastikan rizab infrastruktur perumahan, perniagaan dan kemudahan awam disusun dengan terancang bagi memenuhi keperluan masa depan rakyat.

“Kita juga mesti bersedia menghadapi lonjakan aktiviti ekonomi dan mobiliti rakyat apabila projek-projek mega ini siap nanti.

“Maka PBT hendaklah bergerak seiring bagi menerima impak pertumbuhan daripada projek-projek mega ini,” jelasnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook