Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Prestasi Kelantan Red Warriors FC beri petanda positif untuk bola sepak Kelantan
utama

Prestasi Kelantan Red Warriors FC beri petanda positif untuk bola sepak Kelantan


Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA DARULNAIM, 15 Januari – Kelantan Red Warriors FC (KRWFC) menunjukkan perkembangan positif dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025/2026 apabila kini berada di kedudukan keenam liga dengan lapan kemenangan daripada 16 perlawanan.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud merakamkan tahniah kepada Kelantan Red Warriors FC atas prestasi tersebut.

"Syabas kepada Kelantan Red Warriors FC yang kini menduduki tangga keenam dalam kejohanan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 dengan 8 kemenangan setelah menmpuh 16 perlawanan, termasuk kemenangan ke atas Selangor FC II 2 hari yang lalu" katanya melalui laman rasmi, semalam.


Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kelantan Red Warriors FC Dato' Muhammad Zaki Harun di pejabatnya.

Menteri Besar Kelantan menyifatkan pertemuan itu sebagai peluang penting untuk membincangkan hala tuju dan strategi pembangunan bola sepak negeri.

“Perbincangan kami menzahirkan komitmen bersama untuk memartabatkan bola sepak negeri serta memperkukuh sokongan kepada barisan pemain dan pengurusan kelab.

“Insya Allah, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam membangunkan industri sukan bola sepak di Kelantan" ujarnya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook