Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Program solat sunat dhuha jadi amalan agensi kerajaan
utama

Program solat sunat dhuha jadi amalan agensi kerajaan

 

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memulakan agenda solat sunat dhuha di pejabat kerajaan sejak berpuluh tahun lalu yang dirintis bekas menteri besar Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Agenda itu kemudian diteruskan penggantinya Datuk Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob dengan menganjur program solat dan kuliah dhuha bersama penjawat awam di Kota Darulnaim.

Program terbabit sebagai usaha ke arah memperkukuhkan kepada penghayatan konsep Ubbudiyyah, Masullliyah dan Itqan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan negeri.

Program serupa kini dilaksanakan semua jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri.

Dan baru-baru ini Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) memulakan agenda tahun baharu 2026 dengan mengadakan solat sunat dhuha.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Datuk Sr Zamri Ismail berkata, program itu dilaksanakan selaras dengan saranan kerajaan negeri yang menggalakkan semua agensi melaksanakan program solat sunat dhuha.

Katanya program itu dilaksanakan secara konsisten sekurang-kurangnya sebulan sekali.

“Semua kakitangan PKINK digalak mengamalkan solat sunat dhuha secara bersendirian setiap hari sebagai usaha meningkatkan kerohanian dan keberkatan dalam melaksanakan tugasan.

“Setiap anggota perbadanan juga hendaklah sentiasa memberi komitmen dan penglibatan aktif dalam program-program yang dianjurkan kerajaan negeri,” katanya pada program berkenaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), Ahmad Nazri Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P) Ir Hamdzah Abdul Rahman dan pengurus-pengurus kanan.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook