Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Projek tebatan banjir fasa kedua belum dilaksana
utama

Projek tebatan banjir fasa kedua belum dilaksana

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Sehingga sekarang pembinaan tebatan banjir fasa dua yang melibatkan kawasan Parlimen Rantau Panjang belum lagi dimulakan.

Sedangkan pada April tahun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang berlaku saban tahun.

Bagaimanapun projek tebatan banjir di sebelah Sungai Golok yang bersempadan dengan Rantau Panjang sudah siap fasa kedua, di mana aras benteng semakin tinggi.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Yusoff berkata, kegagalan melaksanakan fasa dua projek tebatan banjir di Rantau Panjang menyebabkan rakyat saban tahun terus terdedah kepada banjir.

Katanya, penduduk terpaksa menanggung kerugian besar melibatkan harta benda, hasil pertanian, perniagaan serta sumber pendapatan. 

“Kelewatan pembinaan projek tebatan banjir di kawasan berkenaan terus menghantui penduduk meskipun kerajaan sebelum ini menyasarkan penyelesaiannya menjelang tahun 2030.

“Bantuan wang ihsan disumbang kerajaan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga yang terjejas akibat banjir tidak mencukupi untuk menampung kerugian dialami,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Beliau juga berkata, laporan UNESCO 2025 menunjukkan negara yang mengekalkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu memiliki jati diri dan kestabilan lebih kukuh.

Menurutnya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, pendidikan dan pentadbiran berkait rapat dengan pembinaan identiti nasional serta kestabilan sosial negara.

Kata beliau pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan perlu disokong dengan tindakan inklusif termasuk penyediaan infrastruktur pendidikan yang mencukupi.

“Kawasan luar bandar masih berdepan isu sekolah daif, kekurangan kemudahan asas serta jurang kesaksamaan pendidikan yang memerlukan perhatian serius kerajaan,” ujarnya.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook