Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tangguh melancong ke Thailand musim kempen pilihan raya
utama

Tangguh melancong ke Thailand musim kempen pilihan raya

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Thailand kini berada dalam fasa kempen pilihan raya sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada pelancong berkaitan aspek keselamatan.

Oleh itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor menasihatkan rakyat Kelantan yang merancang percutian ke Thailand disaran menangguh perjalanan buat sementara waktu.

Katanya, mereka disaran menangguh sehingga proses pilihan raya negara itu selesai bulan depan.

“Ini kerana beberapa insiden keselamatan termasuk serangan bom dilapor berlaku baru-baru ini. Situasi sedemikian bukan sesuatu yang luar biasa ketika tempoh pilihan raya berlangsung di negara terbabit.

“Mereka sedang berkempen pilihan raya. Jadi, sekiranya tiada urusan yang benar-benar penting, lebih baik perjalanan ke Thailand ditangguh buat sementara,” katanya selepas menghadiri majlis Ramadan Preview Sentuhan Rasa Holiday Villa semalam.

Baru-baru ini media melaporkan pihak keselamatan Thailand bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia memburu tiga suspek yang disyaki terlibat dalam serangan bom serentak ke atas stesen minyak di selatan Thailand 11 Januari lalu.

Suspek dipercayai bersembunyi di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Kempen pilihan raya umum di Thailand bermula 27 Disember lalu apabila parti-parti politik mula mendaftarkan calon di Bangkok dan 76 wilayah lain bagi merebut kerusi Dewan Perwakilan.

Hari pengundian dijadualkan pada 8 Februari, di mana pengundi akan memilih 500 ahli Dewan Perwakilan untuk tempoh lima tahun menerusi sistem pilihan raya dua undi.

Kamarudin berkata, tempoh kempen pilihan raya di Thailand mengambil masa kira-kira sebulan.

Menurutnya suasana sensitif semasa kempen pilihan raya bukan hanya berlaku di Thailand, malah turut dialami beberapa negara lain.

“Di Malaysia, kita bersyukur kerana proses pilihan raya kebiasaannya berlangsung dalam keadaan yang lebih tenang berbeza dengan sesetengah negara,” katanya.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook