Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dakwaan pelantikan ahli keluarga perlu dinilai secara adil
utama

Dakwaan pelantikan ahli keluarga perlu dinilai secara adil

 

Oleh Salmah Mat Husain | Foto Asri Hazim |

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) sekiranya terdapat asas kukuh berhubung dakwaan amalan ‘anak-beranak’ dan salah guna kuasa.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pentadbiran negeri tidak pernah menghalang mana-mana agensi penguat kuasa menjalankan tanggungjawab sejak era kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kita terbuka dari dahulu sampai sekarang. SPRM ada kuasa dan undang-undang sendiri untuk menyiasat.

“Jika ada asas untuk pendakwaan, teruskan. Kita tiada masalah,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, semalam.

Baru-baru ini tular di media sosial supaya SUK Kelantan disiasat susulan penahanan seorang anggota Exco Kerajaan Terengganu oleh SPRM atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan bagi kepentingan ahli keluarga.

Dr Mohamed Fadzli berkata, dakwaan pelantikan ahli keluarga dalam jabatan kerajaan negeri perlu dinilai secara adil dan berdasarkan fakta, bukan persepsi.

“Kalau pelantikan dibuat mengikut kelayakan dan memenuhi syarat, ia bukan satu kesalahan. Tetapi jika tidak cukup syarat dan tetap dilantik, itu memang wajar disiasat.

“Kalau SUK negeri lain boleh disiasat, siasatlah semua. Jangan hanya fokus kepada satu negeri sahaja. Kita mahu keadilan yang sama,” katanya.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook