Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dasar Pengguna Negara disemak semula
utama

Dasar Pengguna Negara disemak semula

 

Oleh A Rahman Harun |

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang membuat semakan semula Dasar Pengguna Negara memandangkan kos sara hidup di negara ini semakin meningkat.

Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tumpat Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diminta memberi penekanan terhadap dasar tersebut.  

Katanya, langkah tersebut bertujuan melahirkan pengguna yang bijak, bertanggungjawab dan mampu melindungi diri sendiri melalui ilmu pengetahuan serta kemahiran.

Kata beliau antara lanjutan penting dasar itu termasuk literasi kewangan kanak-kanak bertujuan membentuk tabiat pengurusan wang secara bijak menerusi inisiatif sekolah seperti modul pendidikan kewangan.

"Adakah kementerian akan memberi tumpuan samada semakan dasar ini agar kos sara hidup dengan harga yang dibayar dapat disesuaikan dengan pendidikan hak pengguna dan kawalan kerajaan," katanya ketika mencelah sesi penggulungan Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Armizan menyambut baik cadangan dikemukakan Mumtaz, bahkan KPDN pada Mac hadapan akan melancarkan Dasar Pengguna Negara 2.0 yang dilaksanakan bagi tempoh lima tahun.

Beliau berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada kerangka utama dasar tersebut dan menjadi rujukan agenda kepenggunaan negara.

"InsyaAllah Mac nanti kita akan lancarkan Dasar Pengguna Negara 2.0 dan salah satu komponennya pendidikan kepenggunaan untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook