Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Disiplin tinggi ahli faktor ramai minat sertai PAS
utama

Disiplin tinggi ahli faktor ramai minat sertai PAS

 

KOTA BHARU: Biarpun PAS kekurangan dana untuk menggerakkan parti, namun pemimpin dan ahli mempunyai tahap disiplin yang tinggi sehingga menarik minat pelbagai pihak.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, kepatuhan kepada displin lebih memudahkan PAS mencapai matlamat dalam perjuangan.

“Ini antara punca PAS dilihat lebih profesional di mata rakyat kerana tahap pematuhan ahli dan penyokong kepada setiap keputusan parti begitu tinggi.

“Sebab itulah ramai yang berminat hendak menyertai PAS,” katanya pada perasmian penutup kursus organisasi PAS Kelantan 2026 di sini hari ini.

Sebelum itu Setiausaha Agung PAS Dato' Seri Takiyuddin Hassan dan Penolong Setiausaha Agung PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil membentang kertas kerja berkaitan pindaan perlembagaan PAS serta peranan setiausaha.

Wan Roslan yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tahap kepatuhan tinggi ahli-ahli PAS kerana mereka memahami dan menghadam perlembagaan PAS.

Kata beliau apabila setiap ahli PAS memahami berkaitan perlembagaan parti membolehkan jentera bergerak secara kosisten, seragam dan lebih kemas.

“Hasil kefahaman dan kepatuhan kepada arahan parti membolehkan setiap urusan berjalan dengan lebih lancar dan parti menjadi teratur,” katanya.

Sementara itu Takiyuddin berkata, tiga bekas Adun Perlis yang terhenti keahlian kerana melanggar disiplin parti boleh memohon semula menyertai PAS.

Katanya, mereka boleh memohon semula menyertai PAS dan apabila ada kelulusan akan mendapat nombor keahlian baharu.

Pada akhir Disember lepas tiga bekas Adun PAS iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti keahlian susulan mereka didakwa menandatangani akuan bersumpah menarik balik sokongan terhadap Mohd Shukri Ramli sebagai menteri besar.

 

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook