Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Isu pelanggaran papan tanda perlu dipandang serius
utama

Isu pelanggaran papan tanda perlu dipandang serius

 

Oleh A Rahman Harun |

KUALA LUMPUR: Isu papan tanda yang tidak mengutamakan bahasa Melayu merupakan pelanggaran peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bercanggah dengan status bahasa Melayu mengikut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen PN Kapar Dr Halimah Ali berkata, kerajaan perlu memperkukuhkan penggunaan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu di ruangan awam termasuk papan tanda.

Katanya, ia menjadi manifestasi visual terhadap jati diri, identiti dan kedaulatan negara.

“Usaha tersebut memberi wajah yang lebih jelas kepada Malaysia sebagai sebuah negara berdaultan seperti negara lain yang mengekalkan ciri-ciri lingustik termasuk dalam sektor pelancongan.

"Saya rasa kementerian mungkin kena lihat secara profesional, di mana jati diri bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di mana-mana sahaja dari Perlis sampai Sabah.

"Kita tengok di negara lain mereka menggunakan bahasa ibunda, jadi saya nak lihat di Malaysia kena buat gerakan ke arah itu, barulah ada nak jati diri Malaysia," katanya di Dewan Rakyat semalam.

Sebelum ini isu papan tanda sering menimbulkan kontroversi khususnya penguatkuasaan bahasa Melayu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)yang  melaksanakan operasi terhadap premis tidak mengutamakan bahasa kebangsaan.

PBT terbabit juga dikatakan merancang untuk menggugurkan tulisan Cina pada papan tanda jalan di Jalan Petaling (Petaling Street).

Bagaimanapun usaha tersebut dilapor dipertikaikan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing yang mempersoalkan tindakan tersebut kerana bimbang memberi imej negatif dan menjejaskan sektor pelancongan di negara ini.

Sebaliknya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyokong tindakan DBKL sambil menegaskan memartabatkan bahasa kebangsaan adalah kewajipan mengikut Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Perkara 152 Perlembagaan Negara.

Sementara itu Menteri Perpaduan Nasional, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, beliau mengambil maklum terhadap persoalan yang dibangkit ahli parlimen pembangkang bagi membina dan memperkukuhkan identiti bangsa.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook