Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Masjid Agung Kairouan lahir ramai ulama
utama

Masjid Agung Kairouan lahir ramai ulama

 

TUNISIA: Masjid Agung Kairouan, antara masjid tertua di dunia Islam melahirkan ramai ulama dan fuqaha khususnya dalam mazhab Maliki.

Masjid terbabit terletak di Bandar Kairouan, antara bandar Islam terawal dalam sejarah Islam. Diasaskan pada tahun 670 Masihi oleh panglima Islam, Uqbah bin Nafi’.

Kairouan berkembang sebagai pusat dakwah, pentadbiran dan keilmuan Islam di wilayah Ifriqiyah. Ia menjadi rujukan utama dunia Islam di Afrika utara pada fasa awal perkembangan Islam.

Sejak lebih 13 abad masjid terbabit kekal sebagai simbol keteguhan Islam dan kesinambungan tradisi keilmuan di Tunisia.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, tradisi keilmuan Islam di Tunisia diteruskan melalui institusi pengajian tinggi di bawah Universiti Ez-Zitouna, antaranya Maahad ‘Aliy Lil ‘Ulum al-Islamiah.

Katanya, institusi terbabit berperanan sebagai pusat pengajian Islam peringkat tinggi yang menumpukan bidang syariah, bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam.

“Ia selari dengan warisan keilmuan yang berakar sejak zaman Masjid Agung Kairouan,” katanya sempena lawatan ke Universiti Ez-Zitouna.

Wan Roslan mengetuai delegasi kerajaan Kelantan melawat Maahad ‘Aliy Lil ‘Ulum al-Islamiah di Kairouan.

Kata beliau lawatan itu bertujuan meninjau sistem pengajian, suasana akademik serta potensi kerjasama pendidikan yang boleh dibangunkan pada masa hadapan.

Katanya, pihak pengurusan universiti berkenaan menyambut baik kehadiran delegasi Kelantan.

“Suasana pengajian yang tenang serta persekitaran akademik kondusif amat membantu pelajar memperkukuh penguasaan ilmu syariah dan kemahiran bahasa Arab, di samping bimbingan ulama tempatan yang menjadi sumber rujukan berautoriti.

“Semoga ikhtiar ini menjadi asbab kepada lahirnya generasi berilmu, beradab dan berperanan membangun ummah, khususnya untuk manfaat anak-anak Kelantan pada masa hadapan,” ujarnya.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook