Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PAS junjung kasih titah Sultan Selangor
utama

PAS junjung kasih titah Sultan Selangor

Oleh Salmah Mat Husain |

SHAH ALAM: PAS Selangor berdiri teguh di belakang titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang mahu penyelesaian tuntas, adil dan berhemah berhubung isu penternakan babi di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, titah Sultan Selangor mengenai risiko pencemaran udara dan kawasan tadahan air perlu diberi perhatian serius.

“Dalam konteks Selangor sebagai negeri paling urban dan padat, tanah yang terhad perlu dimanfaatkan secara optimum demi manfaat rakyat,” katanya pada kenyataan semalam.

Pejabat Setiausaha Sulit Sultan Selangor pada kenyataan semalam memberitahu Sultan Selangor tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri itu kerana dikhuatiri menimbulkan pencemaran alam sekitar dan keresahan masyarakat.

Katanya, cadangan penternakan babi di Bukit Tagar, daerah Hulu Selangor merupakan kawasan penempatan orang Melayu dan kawasan Felda.

Pada 12 Januari lalu, Sultan Selangor dilapor tidak setuju dengan perancangan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi berskala besar di Tanjung Sepat, Kuala Langat bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Dr Ab Halim berkata, PAS Selangor menjunjung penuh takzim titah Sultan Selangor demi kepentingan jangka panjang dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya ketegasan titah tersebut mencerminkan peranan Institusi Diraja sebagai payung negeri yang memelihara ketenteraman awam serta mengelakkan polarisasi kaum dan agama.

“PAS Selangor turut menyeru seluruh rakyat di negeri itu tanpa mengira latar belakang politik dan agama bersatu menghormati titah Sultan Selangor dan bergerak ke hadapan secara matang.

“Usaha bersama penting bagi membina Selangor yang lebih bersih, selamat, berdaya tahan dan sejahtera di bawah naungan keadilan Institusi Diraja,” katanya.

Beliau turut mencadangkan Kerajaan Selangor mengadakan perbincangan dengan Sabah dan Sarawak bagi meneliti kerjasama rantaian bekalan makanan.

Katanya, langkah itu mengambil kira perkembangan di Sarawak yang menghantar 800 ekor babi hidup ke Selangor pada Julai 2025.

 

 


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook