Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pencapaian STAM 2025 pelajar YIK meningkat
utama

Pencapaian STAM 2025 pelajar YIK meningkat

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Pencapaian pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 mencatat peningkatan memberangsangkan.

Peratus lulus mengikut pangkat 67.22 peratus, meningkat sebanyak 9.25 peratus berbanding tahun 2024, manakala peratus lulus mengikut bilangan kertas turut meningkat kepada 86.70 peratus.

Seramai 906 calon menduduki peperiksaan STAM di 25 pusat peperiksaan tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi berkata, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, seramai 68 pelajar memperoleh pangkat Mumtaz.

Dan sembilan pelajar berjaya mencapai 10 Mumtaz dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Katanya pencapaian itu bukan sahaja melambangkan kecemerlangan akademik, malah mencerminkan kesungguhan, disiplin serta kekuatan tarbiah yang diterapkan sepanjang tempoh pengajian.

Sementara itu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat muncul sebagai sekolah terbaik dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.63, diikuti Maahad Muhammadi Perempuan (GPS 2.39) dan Maahad Muhammadi Lelaki (GPS 2.47).

“Kejayaan itu hasil kesepaduan usaha guru, pelajar dan ibu bapa, serta sokongan berterusan kerajaan negeri dan rakan strategik termasuk Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) dan Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) memartabatkan pendidikan Islam dan bahasa Arab,” katanya.

Sementara itu di PASIR PUTEH, dua pelajar cemerlang peperiksaan STAM menerima sumbangan RM1,000 setiap seorang daripada kerajaan negeri.

Manakala dua pelajar mendapat Mumtaz menerima RM500 setiap seorang, lapan pelajar yang memperoleh Jayyid Jiddan menerima RM300 setiap seorang.

Sumbangan berkenaan disampaikan Wan Roslan sempena perasmian Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maahad Saniah Kali ke-24 kelmarin.

Hadir sama Adun Selising, Datuk Tuan Saripudin Tuan Ismail, Pengarah YIK Shamsul Abu Bakar, bekas Adun Kelaboran Mohd Nazlan Hasbullah dan pegawai kanan YIK.

Wan Roslan berkata, sumbangan yang diberi dianggap sebagai penyuntik semangat untuk pelajar meningkatkan lagi kecemerlangan dalam pelajaran.

“Semoga penghargaan ini menjadi asbab keberkatan, menguatkan semangat menuntut ilmu serta melahirkan generasi yang berilmu, beradab dan bertaqwa.

“Mesyuarat aggng PIBG juga menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti demi kecemerlangan pelajar,” katanya.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook