Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penganjur didapati langgar syarat lesen hiburan
utama

Penganjur didapati langgar syarat lesen hiburan

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Penganjuran program hiburan Makar Fest XL yang diadakan 29 hingga 31 Januari lalu di tapak parkir Mydin Mall Tunjung didapati berlaku perlanggaran syarat lesen hiburan dan garis panduan ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa mendapati berlaku pelanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025 semasa konsert penutup program tersebut.

Susulan itu katanya kerajaan negeri merampas wang cagaran berjumlah RM8,000 daripada penganjur program.

Menurut beliau, Makar Fest XL mendapat kelulusan hiburan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan syarat penganjur mematuhi Garis Panduan Hiburan dan Sukan Negeri Kelantan 2025.

“Hasil pemantauan mendapati semua artis jemputan mematuhi garis panduan yang ditetapkan, namun pelanggaran berlaku semasa persembahan oleh Kugiran Masdo pada malam penutup sekitar jam 10.30 malam,” katanya pada kenyataan semalam.

Program tersebut turut mendapat reaksi netizen apabila mendakwa ada pengunjung tidak menjaga kelakuan dan adab ketika menghadiri program berkenaan.

Sebahagian pengguna media sosial berpandangan setelah diberi ruang, terdapat segelintir pihak menyalahgunakan peluang tersebut melalui tingkah laku yang bercanggah dengan normal masyarakat.

Ada netizen mencadangkan penganjur menyediakan ruang yang mencukupi serta menempatkan petugas dalam jumlah memadai bagi mengawal pergerakan orang ramai.

Hilmi berkata, walaupun pihak penguat kuasa telah mengambil tindakan mengeluarkan beberapa individu penonton yang melakukan provokasi dan melanggar garis panduan hiburan, keadaan gagal dikawal sepenuhnya dan pelanggaran terus berulang.

“Penganjur didapati cuai atau gagal menghentikan persembahan bagi mengawal keadaan. Turut dikesan percampuran antara pengunjung lelaki dan wanita tanpa penempatan petugas keselamatan yang mencukupi seperti disyaratkan.

“Hasil penelitian laporan bertulis serta video tular mendapati penganjur melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13(1) enakmen berkenaan dan gagal mematuhi syarat lesen hiburan.

“Selain rampasan wang cagaran, penganjur juga boleh dikenakan penalti maksimum sehingga RM30,000 dan berdepan tindakan disenaraihitamkan sekiranya gagal membayar kompaun,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri memahami keperluan rakyat untuk berhibur dan menyokong penganjuran festival makanan yang mampu menjana ekonomi peniaga kecil serta mempromosikan Kelantan sebagai destinasi pelancongan.

Namun, katanya kerajaan negeri konsisten memastikan adab, budaya dan akhlak khususnya generasi muda terus dipelihara.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook