Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Penganjur Makar Fest berjiwa besar – Pemuda PAS
utama

Penganjur Makar Fest berjiwa besar – Pemuda PAS

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan penganjur Karnival Makar berjiwa besar apabila bersedia memohon maaf susulan perlakuan penonton didapati melanggar Enakmen Kawalan Hiburan ketika konsert majlis penutup karnival tersebut.

Ketuanya Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, penganjur telah berusaha memastikan program berjalan dalam suasana yang baik dan beradab, namun ada segelintir penonton tidak mencerminkan tujuan asal penganjuran.

Katanya, sikap berjiwa besar dan kesediaan memohon maaf wajar dipuji kerana ia lahir daripada keikhlasan dan rasa tanggungjawab.

“Penganjur cuba mematuhi garis panduan serta menyeimbangkan hiburan, kebajikan dan nilai agama, namun masih berdepan kekangan tertentu,” katanya pada kenyataan.

Program hiburan Makar Fest XL yang diadakan 29 hingga 31 Januari lalu di tapak parkir Mydin Mall Tunjung didapati berlaku pelanggaran syarat lesen hiburan dan garis panduan ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa mendapati berlaku pelanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025 semasa konsert penutup.

Katanya kerajaan negeri merampas wang cagaran berjumlah RM8,000 daripada penganjur program.

Berikutan itu Pengarah Festival, Issey Fazlisham memohon maaf secara terbuka berhubung isu persembahan dan tarian penonton semasa konsert diadakan Sabtu lalu.

Menurutnya penganjuran dilaksanakan mengikut garis panduan dan enakmen hiburan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Bagaimanapun terdapat segelintir individu berada di luar kawalan pihak penganjur dan didapati melakukan pergerakan yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Mohd Firdaus juga berkata, penganjuran Karnival Makar turut memberi manfaat kepada peniaga tempatan dengan menyediakan ruang kepada usahawan kecil untuk menjana pendapatan.

Selain itu beberapa elemen positif diadakan antaranya penjagaan waktu azan dan solat, peringatan berhubung aurat serta kebersihan, penyaluran bantuan barangan dapur kepada golongan asnaf.

Namun katanya, segelintir peserta mencetuskan kontroversi dengan melanggar peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

“Kita perbaiki yang silap, kita tambah baik yang kurang, dan kita melangkah ke depan bersama,” katanya.

Sementara itu hari ini Issey mengunjungi hormat Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan bagi menyatakan permohonan maaf penganjur kepada kerajaan negeri.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook