Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Ramadan mampu bentuk kekuatan umat Islam
utama

Ramadan mampu bentuk kekuatan umat Islam



Oleh A Rahman Harun

KOTA BHARU: Kedatangan Ramadan yang menuntut orang Islam berpuasa tidak pernah menyebabkan mereka menjadi lemah seperti  dibuktikan di zaman awal kebangkitannya. 

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob berkata, di bulan Ramadan umat Islam ketika itu berdepan dengan peperangan termasuk perang Badar.

Katanya dengan amalan berpuasa ia berjaya membentuk kekuatan peribadi orang Islam melalui ketaqwaan.

"Sebab itulah Ramadan juga dikenali sebagai bulan al Quran yang berupaya membentuk kekuatan peribadi melalui tadabur isi kandungnya," katanya ketika menyampaikan tazkirah pertama  Ramadan di Dewan Zulkifli Muhammad, Pejabat PAS Kelantan di sini hari ini.

Sebelum itu beliau yang juga bekas menteri besar mengimamkan  solat Zohor berjemaah bersama pimpinan PAS Kelantan.

Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan  Dato' Wan Roslan Wan Hamat, Ketua Penerangan PAS negeri Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan wakil-wakil rakyat.

Beliau juga berkata, kecerdasan buatan (AI) mampu mencipta video dan audio palsu yang kelihatan benar, malah perkembangan tersebut menjadi lebih kritikal kerana teknologi mampu mengaburi garis antara kebenaran dan  kepalsuan.

"Kita perlu banyak mendapat khazanah ilahi dikeluarkan untuk diamalkan bagi menghadapi cabaran yang sedang berlaku pada hari ini terutama fitnah semakin meluas dengan adanya media baru. Ini fenomena yang menakutkan.

"Media baru boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat, boleh memesongkan cara pemikiran dan sebagainya, itu cabaran yang perlu kita hadapi," katanya.

Oleh itu beliau berharap pengkuliah memberi sentuhan berkaitan al Quran yang boleh membina kekuatan sesuai bulan ini sebagai bulan turun al Quran. 

Menurutnya juga pemilihan ayat 24 hingga 28 surah al Anfal yang mempunyai kaitan khusus dengan fitnah boleh dikongsikan dengan orang ramai membabitkan manipulasi digital yang lebih canggih.

"Ayat tersebut menjadi teks tadarus rasmi kerajaan negeri sempena bulan Ramadan tahun ini untuk dihayati bersama rakyat Kelantan," ujarnya.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads