Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ramai pelajar perubatan menuntut di IPT tak diiktiraf
utama

Ramai pelajar perubatan menuntut di IPT tak diiktiraf

 
Oleh A Rahman Harun |

KUALA LUMPUR: Berdasar kepada data terdapat antara 1,000 hingga 2,000 pelajar perubatan yang belajar di luar negara menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.

Bagi mengatasi masalah itu graduan terbabit perlu menduduki Peperiksaan Kelayakan Pra Pendaftaran (EPR) bagi menjalankan amalan perubatan secara sah di Malaysia.

Ahli Parlimen PN Kuala Langat Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tanpa menduduki peperiksaan tersebut, mereka tidak akan memperolehi nombor pendaftaran Majlis Perubatan Malaysia (MPM).

Katanya, situasi tersebut menyebabkan kehilangan besar kepada sektor kesihatan awam negara dari sudut kewangan, modal insan dan kualiti perkhidmatan perubatan di negara ini.

"Sedangkan pelajar terbabit menghabiskan tempoh pengajian di universiti yang tidak diiktiraf kerajaan.

“Bagi graduan dari universiti yang tidak diiktiraf dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971, menduduki peperiksaan EPR adalah satu-satunya pilihan untuk beramal sebagai doktor di Malaysia," katanya di Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya langkah itu bertujuan memastikan graduan terbabit mempunyai tahap pengetahuan akademik dan kemahiran klinikal setaraf piawaian pendidikan perubatan.

"Pelajar terbabit masih ada ruang kalau mereka benar-benar mempunyai kelayakan akademik dan skil klinikal," katanya.

Oleh itu beliau menyarankan pelajar memilih institusi pengajian tinggi diiktiraf kerajaan untuk mengelakkan komplikasi kerjaya setelah menamatkan pengajian.

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook