Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SG4 perkukuh agenda Jelapang Makanan Negara
utama

SG4 perkukuh agenda Jelapang Makanan Negara

 

Oleh A Rahman Harun |

KUALA LUMPUR: Kerajaan empat negeri (SG4) di bawah Perikatan Nasional (PN) berusaha memperkukuhkan fungsi sebagai negeri Jelapang Makanan Negara.

Langkah tersebut sebahagian kerjasama strategik sektor pertanian di bawah SG4, antaranya melalui 'quick win programme' dan 'high impact project'.

Ketua Kluster Pertanian dan Keterjaminan Makanan SG4, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menyumbang kira-kira 71 peratus bekalan beras negara.

"Kluster pertanian dan Keterjaminan Makanan SG4 telah sepakat untuk bekerja ke arah memperkukuhkan dan saling melengkapi dalam melengkapkan rantaian nilai atau supply chain," katanya pada kenyataan hari ini.

Baru-baru ini empat Menteri Besar dari negeri SG4 mengadakan pertemuan yang melibatkan kehadiran Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud dari Kelantan, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah).

Selain itu Dato' Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Abu Bakar Hamzah (Perlis).

Pada catatan di laman sosialnya Dr Samsuri berkata, kerjasama SG4 berjalan seperti biasa dengan matlamat yang sama.

“Kita teruskan komitmen sedia ada dan agenda bersama terus digerakkan demi kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat," katanya.

SG4 ditubuhkan bertujuan untuk memperkasakan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan mengabungkan aset, sumber nilai dan kepakaran masing-masing.

Dr Azman berkata, keutamaan keselamatan sektor pertanian dijangka memberi kesan langsung kepada bekalan makanan yang melibatkan 34 juta penduduk di Malaysia.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook