Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Tema "Al-Quran Membentuk Sahsiah Mulia" tepat dengan cabaran semasa – MB Kelantan

Tema "Al-Quran Membentuk Sahsiah Mulia" tepat dengan cabaran semasa – MB Kelantan

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 4 Februari – Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud mengifatkan tema penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan (MTQHK) 2026, iaitu “Al-Quran Membentuk Sahsiah Mulia”, amat bertepatan dengan realiti semasa masyarakat yang kini berdepan pelbagai cabaran sosial dan krisis nilai yang semakin meruncing.

Menurutnya, ummah hari ini sedang berhadapan dengan keruntuhan moral, kekeliruan identiti, krisis akhlak serta kehilangan pedoman hidup yang semakin ketara dalam masyarakat.

“Dalam suasana mencabar ini, Al-Quran tidak seharusnya difahami sekadar sebagai kitab bacaan, sebaliknya berperanan membentuk jiwa, membina akhlak dan memandu seluruh aspek kehidupan manusia.

“Pelbagai isu sosial yang membimbangkan kini menjadi bualan masyarakat, antaranya jenayah dadah, kecurian, jenayah seksual termasuk rogol serta pelbagai bentuk jenayah baharu yang semakin kompleks dan sukar ditangani."

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 1447H /2026M, di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, malam tadi. 

Beliau turut menegaskan bahawa jenayah pada masa kini tidak lagi mengenal sempadan usia dan dilakukan secara terbuka tanpa rasa bersalah.

“Lebih membimbangkan, golongan anak muda kini berhadapan dengan serangan pemikiran yang mengajak kepada kebebasan tanpa batas, menolak nilai agama dan menganggap Islam sebagai satu bentuk kongkongan.

“Hakikatnya, Islam bukan untuk mengongkong, tetapi sebagai panduan hidup agar manusia tunduk dan patuh kepada Allah Azza wa Jalla, Tuhan Yang Maha Mencipta,” tegasnya.

Menurutnya, antara kebimbangan terbesar yang melanda umat Islam hari ini ialah kejahilan terhadap agama, termasuk kegagalan memahami dan menghayati ajaran Islam sehingga mengabaikan ibadah asas seperti solat, yang akhirnya membuka pintu kepada pelbagai kerosakan sosial.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Negeri Kelantan mengambil pendekatan berani dan berpandangan jauh dengan meletakkan tidak memahami agama serta tidak menunaikan solat sebagai indikator jenayah yang perlu diberi perhatian serius.

“Langkah ini bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya untuk menyedarkan masyarakat bahawa kejahilan agama adalah isu pokok yang perlu ditangani secara menyeluruh,” katanya.

Mengulas statistik jenayah yang diumumkan baru-baru ini oleh Ketua Polis Kelantan, beliau berpandangan bahawa pendekatan pencegahan melalui penguatkuasaan semata-mata adalah tidak mencukupi.

“Kita memerlukan pendekatan tarbawi, pendidikan serta pembinaan jiwa berasaskan Al-Quran. Ummah perlu diberi kesedaran untuk kembali kepada penyelesaian Islam sebagai jalan keluar kepada krisis yang sedang melanda,” tegasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook