Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

50,000 dijangka hadiri Rumah Terbuka PAS Kelantan
utama

50,000 dijangka hadiri Rumah Terbuka PAS Kelantan

 

KOTA BHARU: Lebih 50,000 pengunjung dijangka menghadiri Rumah Terbuka PAS Kelantan yang akan diadakan pada 28 Mac ini, bertempat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.

Program terbabit akan bermula jam 10.30 pagi, merupakan acara tahunan diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin PAS dengan masyarakat.

Selain itu menggerakkan semangat gotong royong dalam kalangan ahli dan pemimpin PAS bagi mempamerkan semangat kebersamaan melaksanakan gerak kerja berskala besar.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, pelbagai pihak diundang bagi menjayakan program terbabit termasuk wakil parti komponen Perikatan Nasional.

Selain itu guru-guru Pusat Pembangunan Pondok Bhd, pimpinan masyarakat Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh, badan-badan bukan kerajaan serta pimpinan NGO masyarakat Cina, India dan Siam.

“Semangat gotong royong diterjemahkan melalui penyediaan makanan dan minum dilaksanakan setiap dewan-dewan dalam PAS dan PAS kawasan-kawasan,” katanya di sini.

Dewan Ulamak PAS Kelantan dipertanggungjawab menyediakan menu Nasi Arab, Dewan Pemuda PAS negeri (aneka minuman), Dewan Muslimat (biskut raya dan kuih muih), Dewan Himpunan Pendukung PAS (buah-buahan segar), Pasti (agar-agar dan rojak buah) dan Badan Perhubungan PAS Negeri (ais krim dan kue tiaw goreng).

Manakala PAS Pengkalan Chepa (satay dan nasi himpit), PAS Bachok (gulai kawah), PAS Machang (laksa), PAS Kuala Krai (lemang dan rendang), PAS Ketereh (nasi kerabu), PAS Pasir Mas dan PAS Tumpat (nasi dagang), PAS Kubang Kerian (roti jala).

PAS Tanah Merah (nasi lemak), PAS Jeli (lemang dan rendang), PAS Gua Musang (murtabak), PAS Pasir Puteh (nasi gulai kawah), PAS Kota Bharu (satay dan nasi himpit) dan PAS Rantau Panjang (nasi beriani).

Wan Roslan berkata, tema sambutan terbabit ‘Set Kito Jange Ppecoh’ sebagai menggambarkan keutuhan PAS di Kelantan.

Menurutnya juga turut diadakan pertandingan teh tarik dan roti jala antara kawasan. Selain itu pertandingan khemah terbaik dan cabutan bertuah.

“Khemah terbaik akan menerima piala pusingan. Tahun lepas piala berkenaan dimenangi PAS Machang,” ujar beliau.

Rumah terbuka PAS Kelantan akan dimeriahkan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS negeri Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob dan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

 

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook