Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Adun cadang kaji syarat permit menjual mercun
utama

Adun cadang kaji syarat permit menjual mercun

 

KOTA BHARU: Kerajaan wajar mengkaji semula syarat permit penjualan mercun berikutan beberapa kejadian kebakaran yang melibatkan gerai jualan bunga api.

Pada pagi Isnin lepas dua khemah yang menjual mercun di tepi jalan utama di Wakaf Che Yeh hangus terbakar akibat kebakaran.

Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat dilapor mengenal pasti punca kebakaran disebabkan litar pintas sambungan wayar elektrik dari premis kedai makan ke lampu di khemah jualan mercun.

Adun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman berkata, pihak berkuasa perlu memastikan premis yang menjual mercun benar-benar selamat sebelum dikeluarkan permit.

Katanya, ramai peniaga mengambil kesempatan menjual mercun di tepi-tepi jalan sempena musim perayaan sekarang.

“Gerai menjual mercun boleh ditemui di mana-mana tempat di Kota Bharu. Saya difahamkan ada syarat ditetapkan pihak berkuasa sebelum permit dikeluarkan.

“Pihak berkuasa juga wajar membuat pemantauan secara berkala memandangkan mercun begitu sensitif dan mudah terbakar,” katanya di sini.

Sebelum ini media melaporkan polis mengehadkan pengeluaran permit jualan mercun dan bunga api di Kelantan sempena Aidilfitri.

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Mohd Yusoff Mamat dilapor berkata, tindakan itu diambil kerana terlalu ramai mempunyai lesen jualan mercun dan bunga api tahun lalu.

Kata beliau setiap peniaga menjual mercun perlu memohon permit jualan mercun serta bunga api dan berniaga tanpa lesen boleh dikenakan tindakan tegas.

Manakala dalam perkembangan berkaitan Shaari meninjau lokasi kebakaran di kawasan Jambatan Berlemak, Kampung Bawah Lembah Bunut Payong yang berlaku malam Selasa.

Kata beliau difahamkan punca kebakaran di kawasan semak seluas kira-kira dua ekar itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pembakaran mercun.

“Saya menasihatkan semua pihak lebih peka terhadap aspek keselamatan, khususnya dalam keadaan cuaca panas dan kering sekarang.

“Kawal anak-anak ketika bermain bunga api bagi mengelakkan serpihan mercun terjatuh di kawasan kering sehingga boleh berlaku kebakaran,” katanya.

Beliau turut masihat orang ramai tidak membuang potong rokok yang masih berasap di tempat terbuka kerana ia boleh menyebabkan berlaku kebakaran berikutan cuaca kering.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook