Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Exco Sukan ziarah atlet ragbi ditimpa kemalangan serius, beri sokongan moral kepada keluarga
utama

Exco Sukan ziarah atlet ragbi ditimpa kemalangan serius, beri sokongan moral kepada keluarga

Oleh: Syamimi Manah | Foto: Media YB Zamakhshari

KUALA KRAI, 9 Mac – Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan YB Zamakhshari Muhamad menziarahi atlet ragbi muda Sayyid Iskandar Mohamad Azaha yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, semalam.

Menurutnya, kunjungan tersebut dibuat selepas menerima khabar mengenai kemalangan ngeri yang menimpa atlet berkenaan.

“Ujian ini pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, apatah lagi bagi seorang anak muda yang aktif di padang sukan,” katanya menerusi hantaran di laman rasmi, semalam.

Sayyid Iskandar, 19, dilaporkan cedera parah dan kehilangan paha kanan selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Bukit Batu, minggu lalu.

Beliau merupakan pelajar Diploma di Kolej Vokasional Kuala Krai dan dikenali sebagai atlet ragbi yang sedang membina masa depan dalam bidang sukan.

Atlet muda itu juga terpilih menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) mewakili negeri Terengganu dan tahun lalu beliau turut mencipta kejayaan apabila muncul juara dalam sukan ragbi bagi Kejohanan Sukan Kolej Vokasional (SUKOV) Malaysia serta dinobatkan sebagai Pemain Harapan Kolej Vokasional Malaysia.

Dalam lawatan tersebut, YB Zamakhshari turut bertemu ibu bapa mangsa yang masih terkesan dengan tragedi berkenaan.


Menurutnya, sebagai ibu bapa, tiada ujian yang lebih berat selain melihat anak sendiri menanggung kesakitan, namun keluarga tersebut tetap menunjukkan ketabahan yang luar biasa dalam menghadapi dugaan itu.

Lawatan tersebut turut disertai Ahli Parlimen Kuala Krai YB Abdul Latiff Abdul Rahman serta Ahli Dewan Negeri (ADN) Guchil YB Hilmi Abdullah sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa atlet muda berkenaan.

Exco Sukan mengajak orang ramai untuk bersama-sama mendoakan agar Sayyid Iskandar segera sedar, diberikan kekuatan untuk melalui fasa pemulihan serta dipermudahkan segala urusan rawatannya.

“Semoga Allah SWT mengangkat darjatnya dengan ujian ini serta mengurniakan ketabahan buat seluruh ahli keluarganya,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook