Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Golongan OKU perlu disantuni secara adil
utama

Golongan OKU perlu disantuni secara adil

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan menzahirkan rasa bangga di atas komitmen berterusan kerajaan negeri yang sentiasa meraikan serta mengiktiraf peranan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Tengku Tan Sri Mohamed Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, golongan OKU perlu disantuni secara adil dan saksama kerana mereka juga sebahagian daripada masyarakat.

Menurutnya penyertaan mereka dalam pelbagai bidang wajar terus dipertingkatkan.

“Setiap individu mempunyai kelebihan dan kemahiran tersendiri yang perlu dicungkil dan diberi perhatian tanpa mengira siapa mereka.

“Golongan OKU adalah insan istimewa dan doa-doa mereka merupakan rahmat buat kita semua,” katanya ketika merasmikan program Menggapai Keberkatan Ramadan OKU di Masjid Jamek Sultan Mansur Kampung Sireh, di sini hari ini.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Rohani Ibrahim, Ustaz Mohd Asri Mat Daud, Timbalan Exco Nor Asilah Mohamed Zain, wakil-wakil rakyat, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Dato' Mohd Anis Hussein  dan wakil NGO OKU.

Menurutnya juga keberadaan komuniti OKU dalam masyarakat, termasuk dalam kepimpinan sudah lama dipraktikkan sejak zaman Rasulullah SAW.

Tambahnya, usaha memperkasa peranan OKU perlu diteruskan sebagai manifestasi keprihatinan kerajaan dalam menyantuni, mengasihi serta mengiktiraf pencapaian mereka berlandaskan dasar kerajaan.

Menurut beliau, Malaysia dan Kelantan khususnya memerlukan hala tuju yang dinamik dan strategik dalam memperkasa modal insan daripada komuniti OKU.

“Cabaran OKU bukan sahaja dari sudut fizikal, malah turut melibatkan aspek mental dan emosi,” ujarnya.

Sempena program itu diadakan forum Pembangunan OKU Dan Cabaran dengan mengetengahkan Yang dipertua Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Mohamed Faizal Che Yusof dan Pegawai Agama Jajahan Pasir Mas Ustaz Saibon Ismail.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook