Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan lahir graduan AI berjiwa Islamik
utama

Kelantan lahir graduan AI berjiwa Islamik

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berusaha melahirkan graduan yang mampu menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu serta mempunyai jiwa yang tunduk kepada Allah SWT.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong inisiatif bagi memperkukuh ekosistem pendidikan yang menggabungkan teknologi, inovasi dan nilai-nilai murni.

Katanya, usaha itu selari dengan aspirasi pembangunan negeri dalam usaha melahirkan modal insan berdaya saing, berkemahiran tinggi dan berakhlak mulia

“Pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang bakal dituai masa hadapan.

“Hasilnya mungkin tidak terlihat dalam masa yang singkat, namun kesannya amat besar terhadap tamadun dan peradaban,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran 4th ICTE’26 International Conference On Teaching And Education di sini baru-baru ini.

Turut hadir Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Prof Dr Mazlan Ibrahim; Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Shamsul Abu Bakar; Pengarah Institut Latihan Darul Naim (ILDAN), Dr Azizi Umar.

Selain itu Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu (KPTMKB), Raja Izuddin Raja Ahmad dan Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Dr Mohd Ridhuan Jusoh.

Wan Roslan juga berkata, kerajaan negeri menganjur persidangan ICTE’26 yang  menghimpunkan pendidik dan kumpulan inovasi digital sebagai usaha memperkukuh ekosistem pendidikan negeri,

Menurutnya ICTE’26 bukan sekadar medan pembentangan kertas kerja dan inovasi, malah menjadi ruang perkongsian idea, jaringan profesional serta kolaborasi strategik antara institusi.

“Sub-tema merangkumi transformasi digital, integrasi AI dalam bilik darjah serta pendidikan berteraskan nilai Rabbani diyakini mampu menjadikan ICTE’26 sebagai wadah penting merangka resolusi pendidikan yang lebih holistik dan mampan,” ujarnya.

Tema persidangan tahun ini, ‘Transforming Educators for Education 5.0: Bridging Technology, Innovations and Values’ selaras ke arah integrasi teknologi canggih seperti AI, Internet of Things (IoT) dan realiti maya.

Beliau juga berkata, dalam keghairahan memanfaatkan teknologi, dimensi nilai, etika dan kemanusiaan tidak boleh diabaikan.

“Pendidikan 5.0 menuntut kita bukan sekadar melahirkan pelajar yang celik teknologi, tetapi insan yang mempunyai kebijaksanaan emosi, kekuatan spiritual dan integriti moral.

“Guru dan pensyarah bukan lagi sekadar penyampai ilmu, bahkan menjadi pemudah cara, pembimbing nilai serta arkitek pembinaan insan yang seimbang antara akal, emosi dan rohani,” katanya.


 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook