Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan sambut baik Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035
utama

Kelantan sambut baik Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035



Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 3 Mac - Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 yang digariskan kerajaan Persekutuan sebagai usaha memperkukuh pembangunan sektor pendidikan bagi tempoh sedekad akan datang.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nasuruddin Daud berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia memberikan kerjasama erat bagi memastikan segala inisiatif pendidikan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, khususnya yang memberi manfaat kepada anak-anak Kelantan.

Beliau berkata demikian susulan kunjungan hormat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) Kelantan Siti Norina Muhamad bersama pegawai kanannya di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar, Mabna Kompleks Kota Darulnaim, semalam. 

Dalam kunjungan hormat tersebut, Menteri Besar turut diberikan pembentangan mengenai hala tuju dan strategi pembangunan pendidikan negara bagi tempoh 2026 hingga 2035.

“Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama yang erat bagi memastikan segala inisiatif pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, selaras dengan usaha dan aspirasi Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK),” kata Menteri Besar menerusi media social, pada Isnin. 

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat dan timbalannya,YB Kamaruzaman Mohamad serta Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Shamsul Abu Bakar.


Sementara itu, YB Dato' Wan Roslan berkata pembentangan berkenaan memberi gambaran menyeluruh mengenai hala tuju pendidikan negara serta pelaksanaan dasar pendidikan di peringkat negeri.

Menurutnya, penekanan diberikan kepada aspek kualiti pembelajaran, pembangunan modal insan dan kecemerlangan institusi pendidikan agar terus diperkasa selaras keperluan semasa.

“Perbincangan turut menyentuh keperluan menyesuaikan sistem pendidikan dengan cabaran semasa termasuk pengukuhan literasi digital, penguasaan ilmu, pembinaan sahsiah serta penyediaan generasi yang seimbang antara kecemerlangan akademik dan nilai insani,” katanya menerusi media sosial pada Isnin. 

Beliau berharap segala perancangan yang dirangka mampu memperkukuh ekosistem pendidikan negeri sekali gus melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan ummah dan negara.

Pertemuan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan antara Kerajaan Negeri dan pihak JPN Kelantan dalam memperkukuh kerjasama strategik demi meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook