Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan solidariti bersama rakyat Iran
utama

Kelantan solidariti bersama rakyat Iran

 

Oleh Salmah Mat Husain |

KOTA BHARU: Kelantan menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan Iran yang berdepan serangan serta pencabulan kedaulatan oleh zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Sedangkan setiap negara berdaulat seharusnya dihormati dan tidak boleh diceroboh sesuka hati.

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, tindakan AS dan sekutunya menyerang Iran tanpa menghormati sempadan dan kedaulatan bercanggah dengan prinsip keadilan serta undang-undang antarabangsa.

Katanya, setiap negara mempunyai kedaulatan yang perlu dihormati dan tidak boleh membenarkan mana-mana pihak menyerang negara lain sesuka hati.

“Jika perkara ini dibiarkan tanpa sebarang pendirian, musuh akan semakin berani melakukan apa sahaja termasuk penindasan dan pembunuhan,” katanya pada program Solidariti terhadap Palestin dan Iran di Medan Ilmu baru-baru ini.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, wakil-wakil rakyat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Mohd Firdaus Mohamed Nawi. Program berkenaan dianjur Dewan Pemuda PAS.

Menteri Besar juga berkata, konflik yang berlaku turut menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan sistem undang-undang antarabangsa apabila ada pihak tidak menghormatinya.

Kata beliau keadaan itu menimbulkan tanda tanya terhadap peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengambil tindakan tegas.

Perpaduan ummah

Beliau turut menegaskan perpaduan umat Islam amat penting bagi menghadapi cabaran serta tekanan geopolitik yang melibatkan negara-negara Islam.

“Orang Islam ramai tetapi berpecah-belah sehingga menyebabkan kita menjadi lemah. Sebab itulah kesatuan umat sangat penting supaya bagi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara Islam,” katanya.

Menurutnya juga sejarah menunjukkan sejahat-jahat Firaun tidak mengejar Nabi Musa AS selepas baginda melintasi sempadan Mesir menuju ke bumi Madyan.

Namun katanya, dunia hari ini menyaksikan kuasa-kuasa besar semakin melampau sehingga menyerang negara umat Islam.

“Apabila negara Islam mempertahankan diri dengan menyerang balas, mereka pula dilabel sebagai pengganas, sedangkan hakikatnya merekalah pengganas yang sebenar.

“PBB pula membisu seribu bahasa dan seolah-olah membiarkan kuncu mereka meratah umat Islam dengan melanggar segala undang-undang dan resolusi antarabangsa,” katanya.

Katanya juga pihak yang menindas umat Islam sebenarnya pengecut dan penakut.

“Justeru dengan semangat Ramadan sebagai bulan kemenangan, saya mengajak umat Islam bersatu padu dan menjauhi perpecahan supaya kita dapat menguatkan kembali suara Islam,” ujarnya.

Sementara itu, Firdaus berkata, dunia hari ini menyaksikan kuasa-kuasa besar sanggup melanggar kedaulatan negara lain tanpa menghormati undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan.

Oleh itu kata beliau umat Islam hendaklah bangkit untuk mempertahankan agama Islam dan ummah.


 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook