Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kembara Ramadan Pemuda Wakaf Bharu santuni asnaf
utama

Kembara Ramadan Pemuda Wakaf Bharu santuni asnaf

 

Oleh Salmah Mat Husain |

TUMPAT: Pemuda PAS Dun Wakaf Bharu dan ARC Tumpat dengan kerjasama pelbagai pihak menganjur program Kembara Ramadan Pemuda Wakaf Bharu 2026 bagi menyantuni keluarga kurang bernasib baik.

Adun Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah berkata, sebanyak 13 keluarga di sekitar Mukim Wakaf Delima di Dun Wakaf Bharu disantuni sempena program berkenaan.

Katanya, tumpuan ziarah termasuk penduduk yang terlantar sakit, asnaf serta aktivis masyarakat setempat.

“Pendekatan turun padang penting bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian khususnya dalam bulan yang penuh keberkatan.

“Alhamdulillah mereka menyambut baik kehadiran kami dan begitu gembira kerana disantuni dalam suasana Ramadan yang penuh rahmat,” katanya di sini semalam.

Program berkenaan turut disertai Ketua Pemuda PAS Dun Wakaf Bharu, Mohd Faisal Suki.

Adun Wakaf Bharu turut menghadiri program tadarus dan iftar bersama masyarakat Mukim Kubang Batang yang diadakan di Masjid Iktikaf Ar-Rahim. Program tadarus dipimpin Ustaz Muhd Sufian Abdul Aziz.

Mohd Rusli turut berharap program seumpama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat dan memastikan tiada golongan tercicir daripada menerima bantuan kebajikan.

 

 

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads