Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Kenaikan harga diesel tingkat kos hidup rakyat
utama

Kenaikan harga diesel tingkat kos hidup rakyat

Oleh: Salmah Mat Husain 

KOTA BHARU: Rakyat diingatkan supaya merancang perbelanjaan dengan bijak susulan tempias ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat, dijangka memberi kesan kenaikan harga barang ekoran harga minyak melambung.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan, Dato Rohani Ibrahim berkata, walaupun Malaysia tidak terlibat secara langsung dalam konflik tersebut, kesannya tetap dirasai khususnya melalui peningkatan kos sara hidup.

Menurut beliau, kenaikan harga diesel sehingga lebih RM5 seliter akan menyebabkan peningkatan harga makanan dan barangan keperluan lain.

“Apabila harga minyak meningkat, ia akan memberi kesan berantai kepada semua sektor termasuk pengangkutan dan bekalan makanan, sekali gus meningkatkan beban rakyat,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Dun Tanjong Mas semalam.

Kata beliau juga kenaikan harga barangan dijangka berlaku selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, akan memberi kesan lebih luas kepada rakyat sekiranya tidak ditangani dengan teliti.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati berbelanja bagi mengelakkan beban kewangan menjadi lebih parah.

Beliau juga berkata penganjuran majlis Aidilfitri sebagai medium mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat untuk bertemu dan berkenalan selepas lama tidak berjumpa.

Program bermula jam 11 pagi hingga 2 petang dan berlanjutan jam 3 petang dengan kehadiran lebih 3,000 pengunjung.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook